
Gaji Masuk > Duit Habis. Formula Terbaik Mengurus Kewangan
November 5, 2026

Pernah tak anda melalui situasi ini?; Gaji baru masuk, bayar komitmen, bayar itu ini, gaji tinggal sikit sangat sampai tak cukup untuk masuk dalam tabung. Ada kalanya, baru separuh bulan dah habis gaji dan terpaksa guna “Buy Now, Pay Later” atau berpinjam dengan orang lain.
Hakikatnya, hampir 90% anak muda di Malaysia melalui konflik ini, bukan sebab gaji sikit sangat, tetapi kerana tiada ilmu dalam pengurusan kewangan.


Mencari jodoh anda?
Anda tidak akan menemui jodoh di blog ini, tetapi mungkin di Muzz – aplikasi perkahwinan dan temu janji Muslim terbesar di dunia.
Kalau awak yang membaca ni sedang melalui fasa ini, mungkin awak boleh cuba formula mudah ini;
Pecahan 50/30/20
Once gaji masuk, terus bahagikan gaji kepada 3 kategori
- 50% untuk SURVIVE (Keperluan hidup, makan, tempat tinggal, bil dan komitmen.)
- 30% untuk TABUNG (Simpan. Masuk dalam tabung untuk kecemasan, tabung kahwin dan tabung untuk masa depan.)
- 20% untuk KEINGINAN (Untuk kemahuan, hobi, makan yang sedap dan sebagainya)
Ini contoh kiraan sekiranya gaji minimum adalah RM2,000.00.
- 50% untuk SURVIVE – RM1,000
- 30% untuk TABUNG – RM600
- 20% untuk KEINGINAN – RM400
Senang kan? Tapi macam mana pulak kalau bahagian “SURVIVE” atau keperluan itu mempunyai komitmen yang lebih tinggi? Bil yang lebih tinggi?
Kalau keperluan hidup melebihi 50% gaji, di sinilah pentingnya ilmu dalam pengurusan kewangan dan pentingnya memahami keutamaan kewangan. Kerana formula ini hanyalah sebuah alat dan mengurus duit sebelum kahwin bukan sekadar tentang berapa banyak kita boleh simpan tetapi ia juga tentang bagaimana kita membuat keputusan kewangan yang baik.
Gaji Besar tidak Semestinya Bermaksud Kewangan Stabil.
Sebelum berkahwin, disiplin dan pengurusan kewangan perlu diterapkan dalam diri seseorang individu, meskipun lelaki mahupun wanita. Bila dah masuk alam rumah tangga, masalah pengurusan kewangan yang sama boleh terbawa-bawa dan akan menyebabkan munculnya masalah pada kemudian hari.
Jadi, sebelum tanya berapa gaji minimum untuk kahwin, cuba tanya: “Adakah saya tahu mengurus duit yang saya sudah ada?”
Itulah antara perkara yang kita akan bincangkan dalam Kelas Cukup Duit Kahwin.
Kita akan pelajari 5 Prinsip Qanaah supaya anda boleh menilai kemampuan sendiri dengan lebih realistik. Bukan sekadar cukup duit untuk majlis kahwin, bahkan, lebih bersedia untuk kehidupan selepas kahwin.
Kalau awak tengah merancang untuk berkahwin, kelas ini untuk anda. Ketahui lanjut tentang Kelas Cukup Duit Kahwin di sini.
Kelas Cukup Duit Kahwin merupakan kerjasama antara Muzz dan Aiman Azlan, Kaunselor Rumah Tangga & Pengasas Akademi Jodoh.
Kisah Terkini
Share this story

