Muzz logo

Tempat orang Muslim bertemu

Continue to main content arrow

1 juta+ kejayaan

20 juta Muslim

Aplikasi yang menghubungkan umat Islam di seluruh dunia

Tempat orang Muslim bertemu

Kami ialah aplikasi temu janji dan perkahwinan Muslim terunggul dengan lebih daripada 20 juta Muslim bujang yang mencari cinta.

Kami berbeza daripada aplikasi janji temu yang lain. Kami mencipta Muzz untuk membantu Muslim bujang mencari pasangan sempurna mereka sambil menghormati kepercayaan agama mereka. Ucapkan selamat tinggal kepada CV biodata yang membosankan dan makcik-makcik yang suka memaksa! Kami menyatukan lebih daripada 950 pasangan Muslim bahagia setiap hari dan meraikan lebih daripada 1 juta kisah kejayaan Muslim di seluruh dunia.

Adakah anda yang seterusnya? Daftar dan mula bertemu dengan orang bujang Muslim hari ini!

Muzz mockup image chat

Sembang secara percuma

PERCUMA sahaja untuk melihat profil, padanan, sembang & kahwin di Muzz.

Muzz mockup image video_calling

Panggilan Video percuma

Anda pilih siapa yang boleh ditelefon tanpa perlu kongsikan nombor telefon.

Muzz mockup image voice_intros

Pengenalan Suara & Video Profil

Tunjukkan personaliti anda dan tonjolkan diri daripada orang lain dengan menambahkan Pengenalan Suara & Video Profil pada profil anda.

Muzz mockup image complete_privacy

Privasi Sepenuhnya

Sembunyikan foto anda dan gunakan nama panggilan untuk kekal awanama daripada rakan dan keluarga.

Muzz mockup image screenshot

Gambar anda milik anda. Sebarang tangkap layar tidak dibenarkan!

Anda tidak dibenarkan untuk tangkap layar foto pada aplikasi. Di Muzz, kami mahu anda berasa selamat tanpa perlu risau gambar anda jatuh ke tangan orang yang tidak dikenali. Ini termasuk rakaman layar!

Apa yang dikatakan oleh ahli kami

Review Stars

“Cara ideal dan halal untuk bertemu calon pasangan.”

Lulud Oktaviani

Lulud Oktaviani

Review Stars

“Ini adalah tempat yang indah untuk bertemu wanita secara halal.”

Bassy Bruno

Bassy Bruno

Review Stars

“Saya jatuh cinta dengan aplikasi ini.”

Rabia Shahab

Rabia Shahab

Muzz mockup image selfie_verification

Pengesahan Selfie

Kesemataan anda dijamin dengan semua profil disahkan menggunakan Pengesahan Selfie, pengesahan SMS dan pemeriksaan lokasi.

Muzz mockup image filters

Penapis Agama

Tapis orang Muslim di kawasan anda melalui mazhab, kaum, bilangan waktu mereka bersolat dan banyak lagi.

Muzz mockup image chaperones

Wali

Anda juga boleh menyertakan Wali bersama dalam perbualan anda agar fikiran anda lebih tenang.

Muzz mockup image gold

Emas Muzz

Berkahwin lebih cepat dengan Emas Muzz. Ini membolehkan anda menyesuaikan carian anda dengan lebih tepat dan menyemak imbas tanpa had.

Sudah bersedia untuk mencari pasangan Muslim anda?

We’ve been featured in

The Financial TimesGQThe BBCTechCrunchMensHealthThe New York TimesThe TimesTheThe Evening StandardCosmopolitanKonbiniLe Figaro

Untuk pertanyaan media, email ke [email protected]

Kisah Terkini

Article thumbnail

Long Distance Relationship: Built to Break?

Bila relationship mula jadi serious, “distance” boleh tiba-tiba berubah daripada benda yang kita boleh tolerate into one big decision.

Masa baru kenal maybe kita fikir, “JB – KL je pun, boleh jumpa weekend.” Tapi muncul banyak tanda tanya bila fikir pasal masa depan. Siapa yang kena pindah? Siapa kena tinggalkan career yang dah stable? Siapa kena duduk jauh daripada family? Kalau dua-dua dah ada kehidupan yang established dekat tempat masing-masing, siapa yang kena sacrifice?

Dekat situ LDR boleh rasa macam ultimatum. Macam kena decide early on sama ada relationship ni worth continuing or not sebab eventually someone mungkin kena ubah banyak benda dalam hidup dia.

Sebelum kita terus anggap distance as a problem yang kena “solve” secepat mungkin, kita kena tengok dulu apa yang sebenarnya berlaku bila dua orang cuba bina relationship dari jauh.

Communication Is Harder When We Can’t See Each Other

Masa tengah berkenalan or taaruf, conversation happens through text, call and video call. Kita masih boleh communicate setiap hari, tapi ada satu benda yang susah nak replace: context bila kita duduk face to face.

Satu perkataan je. Can mean betul-betul okay, penat, merajuk, kecewa or simply tak ada tenaga nak explain panjang.

Kalau duduk dekat, kita mungkin boleh nampak muka, body language or condition dia masa tu. Bila LDR, kita cuma ada apa yang dia tulis or cakap. Lagi susah bila kita sendiri tengah penat or stressed. Kita tend to communicate less sambil berharap partner boleh faham situation kita.

Cuma dia tak ada depan mata untuk “tengok sendiri”.

Sebab tu LDR perlukan extra communication virtue. Tak perlu bergayut 24 jam sampai tak ada benda nak borak. Kalau penat, cakap penat. Kalau perlukan space, explain. Bila ada masa, gunakan conversation tu untuk betul-betul faham macam mana masing-masing tengok future.

Benda kecil pun membantu. Share gambar lunch, random cat tepi jalan or cerita benda kelakar dekat office. Small updates macam ni nampak trivial, tapi dia bagi rasa macam kita masih ada dalam kehidupan harian each other walaupun berjauhan.

LDR Could Be The More Responsible Choice

Susahnya communication tak bermaksud LDR tu sendiri is a bad idea.

Kalau dua-dua dah ada stable career, income okay and support system dekat tempat masing-masing, terus expect someone untuk pindah mungkin bukan keputusan paling bijak. Lagi-lagi kalau relationship baru nak masuk serious stage.

Ada masa maintain LDR sekejap actually lebih responsible daripada seorang terus resign, pindah negeri, kehilangan income and start semula dari kosong. Kalau arrangement tu boleh preserve career and financial stability dua-dua, kenapa perlu rush satu sacrifice besar sebelum betul-betul bersedia?

Bila keadaan makin stabil or relationship dah sampai stage yang lebih serious, barulah boleh discuss next step dengan lebih realistic. Siapa lebih mudah relocate? Career siapa lebih flexible? Siapa perlukan masa untuk prepare?

Distance tu masih susah. But at least we understand why we chose it.

LDR Needs More Intention, Not Less

LDR paling penat bila relationship cuma bergerak ikut mood.

Kalau nak kekal rapat, bina rhythm yang dua-dua boleh expect. Set satu malam untuk video call or virtual date. Tengok movie sama-sama, makan sambil video call or order favourite food partner as a surprise sekali-sekala. Good morning and good night pun boleh jadi small routine kalau memang itu yang buat dua-dua rasa connected.

Bukan setiap hari kena romantic grand gesture. Yang penting pasangan tetap rasa dia ada place dalam hidup kita.

Trust pun kena dibina dengan cara yang sama. Kalau keluar dengan kawan, update awal. Share cerita or gambar kalau natural untuk korang. Bukan kena report setiap movement, but small transparency macam ni boleh bagi sense of security especially bila kita tak dapat tengok kehidupan each other physically.

And kalau boleh, jangan biarkan pertemuan seterusnya jadi “tengok nanti”. Sebelum balik daripada satu date, dah tahu roughly bila nak jumpa lagi. This way, distance feels more manageable.

Kalau relationship memang menuju ke arah marriage, kena ada bigger end goal juga. Tak semestinya terus ada exact tarikh bila LDR tamat, but dua-dua patut tahu arrangement ni sementara untuk apa and apa yang sedang diusahakan supaya eventually boleh hidup lebih dekat.

LDR bukan relationship yang ada lebih banyak cons daripada pros. Ia cuma perlukan extra effort untuk benda yang relationship jarak dekat pun perlukan: communication, trust, planning and consistency.

Kalau kita jumpa seseorang melalui Muzz yang nampak sehaluan tapi tinggal jauh, jarak tak semestinya terus jadi alasan untuk dismiss connection tu. Kenal dulu intention masing-masing, tengok macam mana dua-dua communicate dan sama ada relationship tu memang ada direction untuk eventually hidup lebih dekat.

Yang penting, jangan sampai physical distance perlahan-lahan berubah jadi emotional distance.

Article thumbnail

100 Matches and Zero Meaningful Conversations

Dapat 1 match rasa seronok. Dapat 10, lagi “banyak pilihan.” Kalau dah sampai 100, mestilah lagi “senang nak jumpa future LOML!”

That’s the logic bila guna dating app. Lagi banyak match, lagi tinggi peluang untuk jumpa someone yang kita betul-betul click. But bila list makin panjang, weirdly kita masih tak boleh pinpoint which one yang kita nak serious.

So the problem is bukan kita tak ada peluang. Maybe kita belum tahu macam mana nak turn banyak peluang tu into one connection that actually goes somewhere.

The Right Match Means Nothing Without The Right Conversation

Dalam banyak-banyak profile tadi, mestilah ada someone yang memang kena dengan taste kita and kita interested nak kenal dia lagi.

But kalau dalam masa sama kita tengah reply few other people, senang sangat untuk semua chat masuk mode autopilot. Tanya benda yang sama, reply apa yang perlu and interaction yang awal-awal nampak promising slowly lose momentum.

Few days later kita buka balik chat tu and fikir, “Betul ke tak ada chemistry, or kita sendiri tak pernah bagi conversation tu peluang untuk berkembang?”

Tak perlu terus tanya soalan berat-berat masa baru kenal. Start dengan kerja, hobi, family or apa dia buaton weekend pun okay. But bila dia share something, kita kena genuinely curious nak tahu lebih lagi. Dari situ baru kita nampak personality, cara dia fikir and benda yang penting untuk dia.

Meaningful conversation bukannya kena “deep talk”. Giving real attention to the conversation is enough. But before kita decide siapa yang patut diberi attention tu, kita kena clear dulu kenapa kita masuk dating app.

The Right Mindset Changes How We Date

Apa sebenarnya yang kita cari bila masuk dating app?

Nak tengok berapa ramai orang swipe right dekat kita? Nak rasa macam hot stuff sebab notification tak berhenti masuk? Or memang kita register dengan nawaitu nak kenal someone yang boleh dibawa ke arah perkahwinan?

Tak salah pun rasa seronok bila ramai orang interested. But kalau itu yang kita kejar tanpa sedar, kita mula measure progress based on berapa banyak match yang masuk instead of sejauh mana kita betul-betul kenal someone.

Having a lot of options memang membantu sebab kita dapat jumpa orang yang mungkin takkan pernah masuk dalam circle kita. But kalau mindset kita cuma nak tengok siapa lagi yang ada, someone yang dah ada sembilan green flags pun buat kita takut settle for less.

Kita masih boleh explore and tengok siapa yang compatible. Tapi spouse candidate bukan Pokémon untuk kita collect. Bila intention dah clear, barulah banyak pilihan tu jadi berguna sebab kita dah tahu apa yang kita cari.

The Right Goal Helps Us Recognise The Right Person

Attracted to someone and nampak “future” dengan someone are two different things. Interesting profile buat kita swipe right. Interesting conversation buat kita fall in love. But kalau nawaitu memang nak kahwin, eventually kita kena fikir sama ada orang ni sesuai dengan life yang kita nak build.

Tak perlu buat checklist and expect someone tick every boxes. At least kita kena tahu apa yang memang penting and apa yang kita masih boleh compromise. Kita bukan sekadar fikir, “Aku suka dia ke tak?” Kita mula tanya, “Kalau benda ni pergi lebih jauh, kita sebenarnya menuju arah yang sama ke?”

Dua orang boleh ada chemistry yang sangat baik but mahukan kehidupan yang berbeza. Someone pula mungkin tak tick every single preference kita, but values and direction hidup dia sebenarnya lebih dekat dengan apa yang kita cari.

Dekat Muzz, Search Filters boleh bantu narrow down melalui umur, jarak and religious preferences. Marriage Intentions pula bagi gambaran tentang expectation seseorang, macam berapa lama dia nak chat sebelum berjumpa, bila dia nak involve family dan secepat mana dia berharap untuk berkahwin.

Features macam ni tak boleh decide siapa yang sesuai untuk kita. But at least kita boleh spend lebih banyak masa mengenali orang yang nampak menuju ke arah yang sama.

Sebab akhirnya, banyak match cuma bagi kita lebih banyak peluang. Apa yang kita buat dengan peluang tu yang menentukan sama ada kita terus swipe, or finally jumpa someone yang buat kita dah tak perlu cari match seterusnya.

Article thumbnail

Second Chance For You, Not Them

Ada orang, bercinta bertahun-tahun sampai dah kenal family masing-masing. Dah plan nak kahwin and dah mula imagine macam mana life lepas kahwin nanti. Everything seems to be on track, tinggal tunggu masa je untuk masuk next phase.

Then something unexpected happened. Something yang buat kita hilang kepercayaan untuk kenal orang baru. The kind of situation yang buat kita label, “lelaki/perempuan semua sama je”.

Rasa lebih selamat kalau tak berada dalam any kind of relationship sebab takut dikhianati lagi.

GENERALISE

Siapa yang pernah alami situasi macam ni memang akan jadi lebih berhati-hati. Kesian orang lain yang tak bersalah. Belum buat apa-apa pun, kita dah assume dia akan buat benda yang sama.

Bila kita label semua orang sama, kita rasa macam kita dah tahu apa yang bakal jadi and boleh avoid daripada terluka sekali lagi. Sebenarnya, kita cuma cuba protect diri berdasarkan apa yang someone pernah buat dekat kita. The problem is, mindset macam ni yang buat kita susah untuk percaya relationship lain boleh jadi lebih baik.

SELF BLAME

Another thing yang affect diri kita is the way we turn the blame inward. “Kenapa aku tak nampak dari awal?” Padahal apa yang dia buat tu yang sakitkan kita. Somehow, kita salahkan diri sendiri sebab tak berjaya prevent this kind of thing from happening. Sedangkan, kita teruskan dengan hubungan tu based on what we knew and understood at the time.

Kalau sampai sekarang kita masih trauma or belum mampu maafkan apa yang dia dah buat, that’s okay. Benda macam ni memang ambil masa. Tapi jangan sampai kita terus punish diri sendiri untuk pilihan yang orang lain buat.

Kita bukan punca dia menipu, curang or betray kepercayaan kita. Itu pilihan dia. Kalau ada someone yang kita kena belajar maafkan dulu, it should be ourselves. Kita tak patut terus rasa bersalah hanya sebab pernah percaya someone yang akhirnya memilih untuk sakitkan kita.

FORGIVING

Bila dah sampai masa untuk redha dengan apa yang pernah jadi, kita kena faham yang memaafkan tak bermaksud melupakan. What happened did change us. Kita boleh maafkan apa yang berlaku without pretending benda tu tak pernah sakitkan kita. Apa yang penting, kita tak perlu terus hidup dibayangi dengan apa yang dia pernah buat.

Pengalaman tu mungkin buat kita lebih aware and careful bila kenal orang baru. Tapi kita boleh guna pengalaman tu untuk set new boundaries and redefine apa yang kita perlukan dalam relationship. Kita dah tahu apa yang kita taknak repeat, so kali ni kita boleh bina hubungan dengan expectation yang lebih jelas and bagi ruang untuk future yang lebih baik.

OLD VS NEW RELATIONSHIP

Bila kita dah jadi lebih aware, ada satu benda yang kena jaga. Jangan sampai “awareness” tu berubah jadi “suspicion” dekat orang baru. Kalau ex dulu reply lambat sebelum betrayed our trust, tak semestinya orang baru yang reply lambat tengah buat benda yang sama. Kalau every little thing yang nampak familiar terus buat kita assume the worst, akhirnya orang baru kena jawab untuk kesalahan yang dia tak pernah buat.

New boundaries sepatutnya bantu kita bina relationship yang lebih healthy, bukan buat kita hunting for red flags. Kalau memang ada red flag, address apa yang berlaku sekarang with our new partner. Tapi kalau rasa takut tu datang daripada pengalaman lama, kita kena acknowledge benda tu juga. Kita kena belajar membezakan apa yang orang di depan kita sedang buat dengan apa yang orang sebelum dia pernah buat.

ANOTHER CHANCE

Bila kita dah boleh differentiate apa yang orang depan kita buat dengan apa yang orang sebelum dia pernah buat, kita dah boleh decide macam mana kita nak approach relationship selepas ni. Kita mungkin masih cautious and ambil masa lebih lama untuk percaya. Takpe. Past experience memang akan ubah kita.

Tapi second chance bukan untuk orang yang pernah sakitkan kita. Kita tak perlu get back dengan dia, forget what happened or bagi peluang untuk dia repeat benda yang sama. Second chance tu untuk diri kita sendiri.

Bagi diri peluang untuk percaya someone again. Peluang untuk rasa disayangi tanpa sentiasa expect benda buruk akan berlaku. Peluang untuk bina relationship baru dengan boundaries, awareness and pengalaman yang kita tak ada dulu.

Apa yang berlaku mungkin dah ubah the way we see relationships, tapi tak bermaksud ia kena decide macam mana semua relationship kita selepas ni akan berakhir.

MOVING FORWARD

Tak semua orang akan sampai ke tahap ni dalam tempoh yang sama. Ada yang perlukan beberapa bulan, ada yang perlukan bertahun-tahun sebelum rasa ready untuk kenal orang baru. Tak ada deadline untuk kita buka hati semula.

Yang penting, bila kita dah ready, jangan bagi seseorang yang dah tak ada dalam hidup kita terus menentukan cara kita treat orang yang datang selepas dia. Apa yang kita belajar daripada past relationship can be kept as a lesson. Kita cuma tak perlu bawa sekali rasa takut yang sama ke dalam setiap relationship baru.

Kita pernah salah pilih orang tak bermaksud kita tak pandai memilih. Kita pernah dikhianati tak bermaksud kita akan sentiasa dikhianati. Dan relationship yang tak menjadi dulu tak bermaksud peluang kita untuk dapat relationship yang healthy dah habis dekat situ.

MUZZ

Kalau dah sampai tahap kita rasa ready untuk know someone again, kali ni kita boleh buat dengan intention yang lebih jelas. Dekat Muzz, kita boleh gunakan filters untuk cari someone berdasarkan perkara yang penting untuk kita, termasuk tahap keagamaan dan preference lain. Semua profil juga melalui Selfie Verification, dan ada pilihan untuk involve Wali dalam conversation kalau kita nak someone yang dipercayai ikut sama sepanjang proses mengenali seseorang.

Features macam ni tak boleh guarantee relationship kita akan perfect atau kita takkan kecewa lagi. Tapi at least, kita boleh start dengan boundaries yang lebih jelas, tahu apa yang kita cari and approach orang baru dengan apa yang kita dah belajar daripada pengalaman lama.

Kali ni, kita kenal someone dengan lebih banyak pengalaman dan pemahaman tentang apa yang kita perlukan daripada sebuah relationship.

That is the second chance, not for them, but for you.

Aplikasi Perkahwinan Orang Muslim
Orang Muslim yang bujang
Aplikasi Orang Muslim yang Bujang
Gerbang Perkahwinan Orang Muslim
Berpacaran islamik
Orang Muslim Syiah
Orang Muslim Ahli Sunah
Berpacaran Orang Muslim
Cinta Arab
Sembang Arab
Aplikasi berpacaran orang muslim
Berpacaran Arab