
Gaji RM1,700 boleh kahwin ke?
October 8, 2026

Ramai yang tangguh niat nak berkahwin kerana gaji mereka kecil, rasa takut, terlalu banyak komitmen. Tapi sebenarnya, Islam memudahkan urusan ibadah, dan kahwin merupakan salah satu ibadah terpanjang dalam hidup seorang Muslim. Perasaan takut “tak cukup duit kahwin” adalah perkara yang biasa, bahkan ia menunjukkan bahawa seseorang itu sedar dengan tanggungjawab yang bakal ditanggung selepas pernikahan.
Namun begitu, ia boleh diatasi dengan merancang kewangan dengan baik dan dengan memiliki disiplin kewangan yang tinggi. Semuanya haruslah bermula sebelum berkahwin, kerana dengan mempraktikkan budaya yang baik, barulah ia menjadi kebiasaan pada masa akan datang. Bak kata pepatah; sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.


Mencari jodoh anda?
Anda tidak akan menemui jodoh di blog ini, tetapi mungkin di Muzz – aplikasi perkahwinan dan temu janji Muslim terbesar di dunia.
Persoalannya adalah, “Kalau gaji saya kecil, cukup ke nak kahwin?”
Kita ambil angka minima gaji di Malaysia iaitu; RM1,700.00.
Ramai yang akan menasihati, “Jangan cari pasal… takkan nak bagi anak bini makan pasir?” Ada yang akan berkata, “Boleh tu, hari-hari makan maggi, boleh je survive.” Tetapi ada yang terlepas pandang, gaji RM1,700 sebagai angka tanpa melihat pengurusan di sebalik angka tersebut.
Lelaki A: Gaji RM3,000. Setiap bulan, RM3,000 habis. Kadang-kadang terpaksa berhutang.
Lelaki B: Gaji RM1,700. Setiap bulan, dia konsisten berbelanja kurang daripada pendapatan dan mempunyai simpanan.
Yang lebih bersedia untuk berkahwin adalah Lelaki B, bukan kerana angka, tetapi kerana dia mempunyai disiplin menguruskan kewangan serta dia mampu merancang kewangannya.
Gaji besar tidak semestinya bermaksud kewangan stabil.
Sebelum berkahwin, disiplin dan pengurusan kewangan perlu diterapkan dalam diri seseorang individu, meskipun lelaki mahupun wanita. Hal ini kerana apabila telah masuk alam rumah tangga, masalah pengurusan kewangan yang sama boleh terbawa-bawa dan akan menyebabkan munculnya masalah pada kemudian hari.
Jadi, sebelum tanya berapa gaji minimum untuk kahwin, cuba tanya: “Adakah saya tahu mengurus duit yang saya sudah ada?”
Itulah antara perkara yang kita akan bincangkan dalam Kelas Cukup Duit Kahwin.
Kita akan pelajari 5 Prinsip Qanaah supaya anda boleh menilai kemampuan sendiri dengan lebih realistik. Bukan sekadar cukup duit untuk majlis kahwin, bahkan, lebih bersedia untuk kehidupan selepas kahwin.
Sekiranya anda sedang merancang untuk berkahwin, kelas ini untuk anda. Ketahui lebih lanjut tentang Kelas Cukup Duit Kahwin di sini.
Nota kaki: Kelas Cukup Duit Kahwin merupakan kerjasama antara Muzz dan Aiman Azlan, Kaunselor Rumah Tangga & Pengasas Akademi Jodoh.

