Muzz Blog | relationships | Second Chance For You, Not Them

Second Chance For You, Not Them

September 10, 2026

Blog banner Image

Ada orang, bercinta bertahun-tahun sampai dah kenal family masing-masing. Dah plan nak kahwin and dah mula imagine macam mana life lepas kahwin nanti. Everything seems to be on track, tinggal tunggu masa je untuk masuk next phase.

Then something unexpected happened. Something yang buat kita hilang kepercayaan untuk kenal orang baru. The kind of situation yang buat kita label, “lelaki/perempuan semua sama je”.

blog banner phone leftblog banner phone right

Mencari jodoh anda?

Anda tidak akan menemui jodoh di blog ini, tetapi mungkin di Muzz – aplikasi perkahwinan dan temu janji Muslim terbesar di dunia.

muzz

Rasa lebih selamat kalau tak berada dalam any kind of relationship sebab takut dikhianati lagi.

GENERALISE

Siapa yang pernah alami situasi macam ni memang akan jadi lebih berhati-hati. Kesian orang lain yang tak bersalah. Belum buat apa-apa pun, kita dah assume dia akan buat benda yang sama.

Bila kita label semua orang sama, kita rasa macam kita dah tahu apa yang bakal jadi and boleh avoid daripada terluka sekali lagi. Sebenarnya, kita cuma cuba protect diri berdasarkan apa yang someone pernah buat dekat kita. The problem is, mindset macam ni yang buat kita susah untuk percaya relationship lain boleh jadi lebih baik.

SELF BLAME

Another thing yang affect diri kita is the way we turn the blame inward. “Kenapa aku tak nampak dari awal?” Padahal apa yang dia buat tu yang sakitkan kita. Somehow, kita salahkan diri sendiri sebab tak berjaya prevent this kind of thing from happening. Sedangkan, kita teruskan dengan hubungan tu based on what we knew and understood at the time.

Kalau sampai sekarang kita masih trauma or belum mampu maafkan apa yang dia dah buat, that’s okay. Benda macam ni memang ambil masa. Tapi jangan sampai kita terus punish diri sendiri untuk pilihan yang orang lain buat.

Kita bukan punca dia menipu, curang or betray kepercayaan kita. Itu pilihan dia. Kalau ada someone yang kita kena belajar maafkan dulu, it should be ourselves. Kita tak patut terus rasa bersalah hanya sebab pernah percaya someone yang akhirnya memilih untuk sakitkan kita.

FORGIVING

Bila dah sampai masa untuk redha dengan apa yang pernah jadi, kita kena faham yang memaafkan tak bermaksud melupakan. What happened did change us. Kita boleh maafkan apa yang berlaku without pretending benda tu tak pernah sakitkan kita. Apa yang penting, kita tak perlu terus hidup dibayangi dengan apa yang dia pernah buat.

Pengalaman tu mungkin buat kita lebih aware and careful bila kenal orang baru. Tapi kita boleh guna pengalaman tu untuk set new boundaries and redefine apa yang kita perlukan dalam relationship. Kita dah tahu apa yang kita taknak repeat, so kali ni kita boleh bina hubungan dengan expectation yang lebih jelas and bagi ruang untuk future yang lebih baik.

OLD VS NEW RELATIONSHIP

Bila kita dah jadi lebih aware, ada satu benda yang kena jaga. Jangan sampai “awareness” tu berubah jadi “suspicion” dekat orang baru. Kalau ex dulu reply lambat sebelum betrayed our trust, tak semestinya orang baru yang reply lambat tengah buat benda yang sama. Kalau every little thing yang nampak familiar terus buat kita assume the worst, akhirnya orang baru kena jawab untuk kesalahan yang dia tak pernah buat.

New boundaries sepatutnya bantu kita bina relationship yang lebih healthy, bukan buat kita hunting for red flags. Kalau memang ada red flag, address apa yang berlaku sekarang with our new partner. Tapi kalau rasa takut tu datang daripada pengalaman lama, kita kena acknowledge benda tu juga. Kita kena belajar membezakan apa yang orang di depan kita sedang buat dengan apa yang orang sebelum dia pernah buat.

ANOTHER CHANCE

Bila kita dah boleh differentiate apa yang orang depan kita buat dengan apa yang orang sebelum dia pernah buat, kita dah boleh decide macam mana kita nak approach relationship selepas ni. Kita mungkin masih cautious and ambil masa lebih lama untuk percaya. Takpe. Past experience memang akan ubah kita.

Tapi second chance bukan untuk orang yang pernah sakitkan kita. Kita tak perlu get back dengan dia, forget what happened or bagi peluang untuk dia repeat benda yang sama. Second chance tu untuk diri kita sendiri.

Bagi diri peluang untuk percaya someone again. Peluang untuk rasa disayangi tanpa sentiasa expect benda buruk akan berlaku. Peluang untuk bina relationship baru dengan boundaries, awareness and pengalaman yang kita tak ada dulu.

Apa yang berlaku mungkin dah ubah the way we see relationships, tapi tak bermaksud ia kena decide macam mana semua relationship kita selepas ni akan berakhir.

MOVING FORWARD

Tak semua orang akan sampai ke tahap ni dalam tempoh yang sama. Ada yang perlukan beberapa bulan, ada yang perlukan bertahun-tahun sebelum rasa ready untuk kenal orang baru. Tak ada deadline untuk kita buka hati semula.

Yang penting, bila kita dah ready, jangan bagi seseorang yang dah tak ada dalam hidup kita terus menentukan cara kita treat orang yang datang selepas dia. Apa yang kita belajar daripada past relationship can be kept as a lesson. Kita cuma tak perlu bawa sekali rasa takut yang sama ke dalam setiap relationship baru.

Kita pernah salah pilih orang tak bermaksud kita tak pandai memilih. Kita pernah dikhianati tak bermaksud kita akan sentiasa dikhianati. Dan relationship yang tak menjadi dulu tak bermaksud peluang kita untuk dapat relationship yang healthy dah habis dekat situ.

MUZZ

Kalau dah sampai tahap kita rasa ready untuk know someone again, kali ni kita boleh buat dengan intention yang lebih jelas. Dekat Muzz, kita boleh gunakan filters untuk cari someone berdasarkan perkara yang penting untuk kita, termasuk tahap keagamaan dan preference lain. Semua profil juga melalui Selfie Verification, dan ada pilihan untuk involve Wali dalam conversation kalau kita nak someone yang dipercayai ikut sama sepanjang proses mengenali seseorang.

Features macam ni tak boleh guarantee relationship kita akan perfect atau kita takkan kecewa lagi. Tapi at least, kita boleh start dengan boundaries yang lebih jelas, tahu apa yang kita cari and approach orang baru dengan apa yang kita dah belajar daripada pengalaman lama.

Kali ni, kita kenal someone dengan lebih banyak pengalaman dan pemahaman tentang apa yang kita perlukan daripada sebuah relationship.

That is the second chance, not for them, but for you.

Aplikasi Perkahwinan Orang Muslim
Orang Muslim yang bujang
Aplikasi Orang Muslim yang Bujang
Gerbang Perkahwinan Orang Muslim
Berpacaran islamik
Orang Muslim Syiah
Orang Muslim Ahli Sunah
Berpacaran Orang Muslim
Cinta Arab
Sembang Arab
Aplikasi berpacaran orang muslim
Berpacaran Arab