Muzz Blog | relationships | Aku Happy Single, Jadi Kenapa Tiba-Tiba Rasa Nak Kahwin?

Aku Happy Single, Jadi Kenapa Tiba-Tiba Rasa Nak Kahwin?

September 2, 2026

Blog banner Image

Hidup single sebenarnya lebih tenang and simple. Masa kau banyak untuk diri sendiri. Kau boleh fokus pada kerja, spend masa dengan hobi, manage duit ikut cara kau and buat keputusan tanpa perlu fikir tentang orang lain. Nak keluar or balik lewat malam pun tak perlu explain dekat siapa-siapa.

Bukan tak pernah terfikir pasal kahwin, cuma benda tu tak rasa urgent. Kau tak sibuk cari pasangan, tak rasa left out, and setiap kali orang tanya, “Bila nak kahwin?”, kau dah ada template jawapan. Tak rasa nak keluar dari comfort zone. Sampailah satu hari kau pergi majlis kahwin kawan. Bukan pelamin mahal or grand wedding yang buat kau terfikir, tapi benda-benda kecil. Cara dorang borak, cara dorang gelak sama-sama, cara dorang nampak happy just being with each other. Tiba-tiba terlintas, “Best juga kalau aku ada someone macam ni.”

blog banner phone leftblog banner phone right

Mencari jodoh anda?

Anda tidak akan menemui jodoh di blog ini, tetapi mungkin di Muzz – aplikasi perkahwinan dan temu janji Muslim terbesar di dunia.

muzz

Seronok kalau ada orang yang kau boleh cerita pasal hari kau, ada orang untuk buat plan sama-sama, and ada orang yang kau tahu memang pilih untuk live their life dengan kau. Lepas tu kau mula confuse. Kalau selama ni kau okay je single, kenapa tengok orang kahwin boleh buat kau fikir macam-macam pasal hidup sendiri?

Kau Lonely, Atau Sebenarnya Dah Bersedia?

Bila perasaan macam ni muncul, senang untuk kau label as FOMO. Circle makin ramai kahwin. Kawan-kawan yang dulu selalu on je kalau ajak lepak sekarang dah sibuk dengan pasangan masing-masing. FYP pula penuh gambar nikah, honeymoon, rumah baru and announcement baby. Memang mudah untuk rasa macam semua orang dah move to the next phase kecuali kau.

Tapi rasa nak ada pasangan tak bermaksud kau tak bahagia dengan hidup sekarang. Kau boleh suka freedom yang kau ada and at the same time rasa macam kau dah ready to share your life with someone. Dua-dua benda tu tak bercanggah pun.

Maybe selama ni kau tak pernah perlukan someone untuk rasa hidup kau cukup. Tapi sekarang kau mula nampak nilai ada someone yang boleh jadi partner in life. Kalau macam tu, jangan tanya “Kenapa aku tiba-tiba jealous tengok orang kahwin?” tapi:

“Apa sebenarnya yang aku nak?”

Kau Nak Wedding, Atau Kau Nak Marriage?

Sebab nak wedding and nak marriage are two completely different things. Wedding cuma satu majlis. Marriage is apa yang jadi selepas majlis habis. Siapa yang kau nak bangun bersama setiap hari, siapa yang kau nak bincang pasal duit, keluarga, tempat tinggal, kerja, anak and macam-macam keputusan lain. Marriage juga mengajar hidup dengan someone yang mungkin tak fikir, rasa and buat keputusan sama macam kau.

Jadi bila kau tengok orang lain and terfikir, “Aku pun nak”, cuba fikir lebih jauh. Kau nak rasa diraikan sebagai pengantin, or kau memang dah mula nak partnership?

Kalau yang kau nak memang partnership, mungkin perasaan tu bukan muncul sebab majlis kahwin tadi. Majlis tu cuma buat kau sedar benda yang memang dah lama ada dalam kepala.

Kalau Memang Nak Kahwin, Apa Yang Kau Tunggu?

Bila kau dah admit yang marriage memang something yang kau nak, cuba fikir apa sebenarnya yang buat kau belum actively mencari. Maybe kewangan belum stable, kau masih belum move on daripada relationship lama, or kau sendiri belum jelas apa expectation kau terhadap marriage. Kalau memang ada benda yang perlu diselesaikan dulu, take your time and work on it.

Tapi kadang-kadang bukan sebab ada satu masalah besar pun. Kau cuma rasa belum “cukup ready”. Nak tunggu gaji naik, career lebih secure, rasa lebih confident. The problem is, bila satu benda dah okay, ada benda lain pula yang kau rasa belum cukup.

Kau pun tak semestinya kena tunggu sampai semua benda perfect baru mula mencari. Mana tahu dalam proses tu, kau jumpa someone yang tak expect hidup kau dah settle semuanya, tapi memang willing untuk sama-sama grow and hadap susah senang dengan kau.

So cuba tanya diri sendiri, “Apa sebenarnya yang perlu diubah sebelum aku rasa okay untuk mula kenal someone?” Kalau kau sendiri susah nak pinpoint jawapannya, mungkin yang tahan kau bukan timing, tapi takut. Takut kena reject, takut jumpa orang salah, takut kehidupan yang sekarang simple jadi complex.

Kalau Kau Memang Nak Jodoh, Apa Usaha Kau Untuk Cari?

Bila kau dah decide nak find your life partner, tak bermaksud esok terus kena ada calon. Kau cuma kena tambah peluang untuk kenal orang yang looking for the same thing, sama ada through kawan, komuniti or platform yang memang dibuat untuk Muslim yang nak mencari pasangan.

Kalau kau nak guna app, Muzz boleh jadi salah satu tempat untuk mula dengan lebih intentional. Kau boleh tengok Marriage Plan someone, Religious Practice dia, set Location and search radius, gunakan Single Tick and Blue Tick untuk selfie, identity and age verification, and untuk wanita yang nak lebih privacy, ada juga pilihan Blurred Photos.

Features tu tak boleh tentukan siapa jodoh kau, tapi boleh bantu filter basic things sebelum kau decide siapa yang kau nak kenal dengan lebih serius.

Kau tak perlu terus berhenti enjoy your  single life hanya sebab kau dah decide yang someday kau nak berkahwin. Tapi kalau partnership memang something yang kau nak, maybe sekarang masa untuk mula bagi diri sendiri peluang untuk jumpa orang yang mencari benda yang sama.





Aplikasi Perkahwinan Orang Muslim
Orang Muslim yang bujang
Aplikasi Orang Muslim yang Bujang
Gerbang Perkahwinan Orang Muslim
Berpacaran islamik
Orang Muslim Syiah
Orang Muslim Ahli Sunah
Berpacaran Orang Muslim
Cinta Arab
Sembang Arab
Aplikasi berpacaran orang muslim
Berpacaran Arab