Muzz Blog | lifestyle | Menu Sahur Simple dan Sihat untuk anda yang Single!

Menu Sahur Simple dan Sihat untuk anda yang Single!

February 21, 2024

Salam! Tak lama lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut Ramadan dan sudah tentunya kita perlu bersedia menghadapi antara cabaran paling besar di bulan yang mulia ini - menahan lapar dan dahaga sepanjang hari! Terutama sekali untuk anda yang masih single dan tinggal sendiri di tengah ibukota, amat penting untuk anda pastikan pengambilan nutrisi yang cukup agar kekal bertenaga sepanjang hari.

Kita semua tahu betapa pentingnya menyediakan hidangan seimbang yang lengkap dengan campuran karbohidrat kompleks, protein dan lemak sihat. Bila ada semua ini, baru lah kita kekal bertenaga dan kurang rasa lapar! Sebelum itu, mari kita lihat jenis-jenis makanan yang mudah, cepat dan mengenyangkan.

Looking for your soulmate?

You won’t find your soulmate on this blog post but you might find them on Muzz - the world’s biggest Muslim dating and marriage app.

muzz

Isi kandungan

Makanan Sahur Simple, Cepat dan Kenyang

Menu Sahur Simple

Sahur untuk Kekal Bertenaga

Sunnah Makan Sahur

Tingkatkan Ilmu Islam

Makanan Sahur Simple, Cepat dan Kenyang

Sudah tentu kita semua mahukan makanan sahur yang simple, cepat dan paling penting kekal kenyang sampailah waktu berbuka nanti. Ini senarai yang telah kami sediakan untuk anda! Makanan yang bukan sahaja mengenyangkan malah mudah, cepat dan amat sesuai untuk mereka yang mudah lapar dan gastrik ketika berpuasa pada bulan mulia ini.

Pasta

pasta

Pasta boleh dijadikan alternatif kepada nasi. Pasta diperbuat daripada campuran air dan tepung yang memberikan kandungan nutrisi seperti karbohidrat yang tinggi.

Menurut MedicalNewsToday, karbohidrat merupakan salah satu daripada tiga makronutrien yang memberikan tenaga kepada badan kita selain daripada protein dan lemak. Fungsi utamanya adalah menyediakan tenaga kepada badan kita. Karbohidrat yang dipecahkan melalui proses pencernaan akan bertukar menjadi glukosa, membekalkan bahan api kepada badan kita untuk melaksanakan fungsi-fungsi penting.

Pasta pula mengandungi 'simple carbs' yang mudah untuk pencernaan serta dapat diproses dengan cepat dan efektif, sekaligus memberikan kita bekalan tenaga untuk tahan lebih lama. Satu pinggan pasta mengandungi lebih kurang 174 kalori dan ia juga mengandungi kandungan protein yang cukup untuk satu hari.

Banyak resipi pasta mudah yang anda boleh cuba, selain Bolognese dan Carbonara mungkin anda boleh cuba variasikan cara masakan seperti goreng, sup dan macam-macam lagi!

Biskut

biskut

Selain pasta, biskut juga sangat baik untuk membantu anda yang cepat lapar. Biskut merupakan satu snek yang membekalkan tenaga kepada badan supaya anda kenyang dengan lebih lama. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai makanan sampingan kepada menu sahur yang berat untuk membekalkan tenaga yang lebih pada badan. Biskut juga mempunyai kandungan protein serta lemak yang mencukupi untuk seorang dewasa mahupun kanak-kanak untuk kadar puasa satu hari.

Bukan itu sahaja, jika anda makan 100 gram biskut ia akan memberikan anda 353 kalori! Terdapat pelbagai jenis biskut yang ada untuk anda cuba dan sebaiknya dipadankan dengan susu untuk meningkatkan selera ketika bersahur.

Oat

oat

Oat merupakan menu makanan paling popular dan sering kali direkomendasi oleh ramai pakar nutrisi. Oat merupakan antara makanan yang berkhasiat dan sangat sesuai untuk dijadikan menu ketika sahur. Walaupun 100 gram oat hanya mengandungi 91 kalori, namun begitu kandungan serat yang tinggi mampu memberikan anda tenaga yang diperlukan untuk tahan lapar dalam jangka masa yang lama!

Yang seronoknya tentang oat adalah terdapat pelbagai variasi dan cara untuk anda makan ataupun sediakan oat. Anda boleh campurkan oat bersama buah-buahan untuk meningkatkan lagi kandungan nutrisi fiber sekaligus menjadikan menu makanan yang lebih sihat.

Mee

mee

Kalau dah bosan makan nasi ataupun pasta, dan mahukan sedikit variasi ketika sahur, anda boleh gunakan mee sebagai pengganti karbohidrat. Mee memang mudah dimasak dan ada banyak jenis mee yang anda boleh pilih. Bukan itu sahaja, jika anda makan mee sebanyak 100 gram ia akan memberikan anda 340 kalori, lebih tinggi daripada nasi! Selain itu, kerana mee mudah dan cepat untuk disediakan, anda boleh campurkan dengan telur untuk meningkatkan lagi tenaga dan melambatkan rasa lapar.

Nasi

menu sahur - nasi

Sebut sahaja nasi sudah tentu kita tidak boleh lupakan makanan ruji kita betul tak? Tidak dapat dinafikan nasi sememangnya antara pilihan yang sering kita makan ketika bersahur kerana pelbagai nutrisi yang terdapat dalam nasi yang mudah untuk badan kita proses tanpa sebarang kerumitan. Nasi juga mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi dan sepinggan nasi mampu memberikan kita sebanyak 272 kalori! Memang banyak dan mengenyangkan.

Yang penting anda harus memastikan yang nasi tidak diambil secara berlebihan kerana pengambilan jumlah nasi yang banyak tidak semestinya membantu anda untuk tahan lapar lebih lama. Sebaliknya, pastikan jumlah pengambilan nasi anda berada pada tahap yang optimum ataupun yang telah disyorkan oleh pakar kesihatan. Nasi juga antara makanan yang serba-boleh. Anda boleh padankan dengan pelbagai lauk untuk membekalkan segala nutrisi penting untuk tahan lapar lebih lama.

Menu Sahur Simple

menu sahur simple

Single bukan alasan untuk tidak makan makanan sihat dan berkhasiat. Di bulan yang mulia ini, selain beramal, kita tetap harus memastikan kesihatan badan kita di tahap yang baik.

Cabaran bulan Ramadan di Malaysia memang besar terutama sekali dengan adanya Bazaar Ramadan di setiap pelusuk negara! Inilah masanya untuk kita berdisiplin dalam berbelanja dan mengawal keinginan untuk makan setelah berlapar seharian.

Jangan risau kalau tak tahu apa nak masak. Menu sahur yang kami kongsikan ini cukup simple walaupun anda tak ada skill memasak, dan yang penting mengenyangkan! Jadi, jangan lupa mencuba resipi yang dikongsikan ini dan selamat berpuasa.

Overnight Oats

overnight oats

Bahan-bahan:

  • 3-5 sudu rolled oats

  • ½ cawan susu segar

  • ½ cawan Greek Yoghurt

  • 1 sudu besar madu 

  • Aneka kacang (biji labu, biji bunga matahari, kismis atau apa sahaja mengikut citarasa anda)

  • Chia seeds

  • Buah-buahan, kismis atau kurma (ikut citarasa anda)

Cara-cara:

  • Campurkan semua bahan ke dalam jar atau bekas kedap udara. 

  • Kacau rata, tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk semalaman. 

  • Tambah buah-buahan segar, kismis atau kurma sebelum makan!

Source: Amazingraze

Roti Gandum dan Telur Rebus

Roti Gandum dan Telur Rebus

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur rebus

  • 2 keping roti gandum 

  • Sedikit mentega 

  • Avocado (boleh juga digantikan dengan salad) 

  • Lada hitam 

Cara-cara:

  • Rebus telur hingga masak

  • Bakar roti dan sapukan mentega 

  • Hancurkan avocado dan sapukan ke atas roti. Atau boleh juga letakkan daun-daun salad. 

  • Taburkan sedikit lada hitam pada telur dan makanlah bersama roti! 

Source: Amazingraze

Wholemeal Wrap bersama Peanut Butter dan Pisang

Wholemeal Wrap bersama Peanut Butter dan Pisang

Bahan-bahan:

  • 1 keping wholemeal wrap

  • 1-2 sudu Peanut Butter 

  • 1 biji pisang 

  • Kismis atau kurma 

Cara-cara:

  • Panaskan wholemeal wrap di atas kuali selama 60 saat untuk setiap bahagian wrap. 

  • Sapukan peanut butter

  • Tambahkan potongan pisang, kurma atau kismis. Siap! 

Source: Vitaminsyaza

Smoothie Pisang & Kurma

Smoothie Pisang & Kurma

Bahan-bahan:

  • 1 biji pisang

  • 3-4 biji kurma (buang biji dan kulit) 

  • 1 cawan susu segar

  • 1 cawan kiub ais

  • ½ sudu kecil serbuk kulit kayu manis (optional) 

Cara-cara:

  • Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar hingga hancur. 

  • Tuangkan ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati! 

Source: Amazingraze

Sahur untuk Kekal Bertenaga

Sahur untuk Kekal Bertenaga

Yay! Menu-menu sahur ini memang best dan akan membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari! Oats, roti gandum, kacang, yogurt dan telur semuanya adalah sumber protein yang terbaik untuk tubuh anda. Jangan lupa juga makan buah-buahan segar untuk pastikan anda mendapat serat dan vitamin yang mencukupi. Single bukanlah alasan untuk tidak makan makanan seimbang!

Oh, jangan lupa juga untuk minum air secukupnya semasa sahur dan pada malam hari untuk membantu tubuh anda kekal terhidrat. Ini bukan saja penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan, tapi lebih penting lagi semasa berpuasa.

Sunnah Makan Sahur

Sunnah Makan Sahur

Sahur terbaik gaya Rasulullah SAW adalah disertai dengan buah kurma. Oleh itu, disarankan anda tambahkan sekurang-kurangnya 1 biji kurma kepada resipi-resipi diatas.

Tingkatkan Ilmu Islam

Tingkatkan Ilmu Islam

Selain mengikut sunnah pada bulan mulia ini, amatlah disarankan untuk kita terus meningkatkan ilmu agama melalui pelbagai cara. Di Muzz, anda juga boleh membaca artikel ringkas tetapi padat di laman web kami dan luaskan pengetahuan anda tentang Islam dan bagaimana ia dipraktikkan di seluruh dunia. Sekiranya anda ingin mencari pasangan dengan cara yang halal, Muzz adalah tempat yang tepat! Muat turun aplikasi kami sekarang.

More stories

Orang Muslim Ahli Sunah
Orang Muslim yang bujang
Aplikasi Orang Muslim yang Bujang
Orang Muslim Syiah
Gerbang Perkahwinan Orang Muslim
Aplikasi Perkahwinan Orang Muslim
Berpacaran Orang Muslim
Aplikasi berpacaran orang muslim
Berpacaran islamik
Cinta Arab
Berpacaran Arab
Sembang Arab