Muzz Blog | lifestyle | Bazar Ramadhan: Tradisi, Makanan dan Senarai Bazar Popular

Bazar Ramadhan: Tradisi, Makanan dan Senarai Bazar Popular

March 11, 2024

Bazar Ramadhan merupakan salah satu fenomena yang amat dinanti-nanti oleh semua rakyat Malaysia, tanpa mengira agama atau bangsa. Setiap tahun pada bulan Ramadhan, ribuan orang akan berkunjung ke bazar-bazar ini untuk mencari makanan tradisional yang lazat dan istimewa.

Budaya ini tidak hanya menyediakan pelbagai hidangan untuk berbuka puasa, tetapi juga menjadi titik pertemuan sosial bagi masyarakat tempatan.

Looking for your soulmate?

You won’t find your soulmate on this blog post but you might find them on Muzz - the world’s biggest Muslim dating and marriage app.

muzz

Isi kandungan

Tradisi Bazar Ramadhan

Elakkan Pembaziran Makanan

Senarai Bazar Ramadhan Popular di Kuala Lumpur dan Selangor

Kesimpulan

Tradisi Bazar Ramadhan

Tradisi Bazar Ramadhan

Bazar Ramadhan bukan sekadar tempat untuk mendapatkan hidangan berbuka puasa, tetapi juga merupakan platform untuk meraikan budaya dan tradisi tempatan. Setiap tahun, pelbagai jenis makanan tradisional Malaysia ditawarkan di bazar-bazar ini, seperti Nasi Briyani, Murtabak, Roti Jala, Ayam Percik dan pelbagai jenis kuih tradisional seperti Tepung Pelita, Onde-onde dan sebagainya.

Bazar Ramadhan merupakan satu-satunya tempat yang sering menggamit memori bulan mulia ini - suasana yang meriah dengan bunyi jualan pedagang dan bau makanan yang menggiurkan menjadikan ia tempat yang sangat dinanti-nantikan setiap kali menjelang Ramadhan. Bukan sahaja masyarakat lokal, tetapi pelancong asing turut mengambil peluang ini untuk melalui pengalaman yang unik yang hanya boleh didapati di Malaysia.

Elakkan Pembaziran Makanan

Elakkan Pembaziran Makanan

Di samping pengalaman berpuasa, bulan Ramadhan juga mengajar nilai-nilai keberkatan dan kesyukuran. Kesedaran tentang pentingnya membeli juadah berbuka yang secukupnya dan mengelakkan pembaziran semakin meningkat.

Di kalangan peniaga pula, mereka juga berusaha untuk menyediakan hidangan yang mencukupi untuk pelanggan kerana penyediaan makanan yang berlebihan hanya akan merugikan selain pembaziran.

Berpada-pada dalam berbelanja adalah amalan mulia yang perlu ditekankan. Rasulullah SAW mengajar umatnya untuk menghargai rezeki dan jangan membazir ketika berbelanja. Kita harus sentiasa beringat bahawa ada ramai yang kurang bernasib baik di luar sana.

Bagi mendapatkan keberkatan Ramadhan, penting untuk kita mengamalkan sifat kesederhanaan, penghargaan, dan kesyukuran atas apa sahaja rezeki yang diberikan.

Senarai Bazar Ramadhan Popular di Kuala Lumpur dan Selangor

Bazar Ramadhan merupakan tempat yang paling dinanti-nanti oleh penduduk setempat menjelang bulan Ramadhan. Dari Bazar Ramadhan Perkarangan Stadium Shah Alam yang luas hingga Bazar Ramadhan Taman Tun Dr Ismail yang menarik, setiap bazar menawarkan pelbagai hidangan berbuka puasa yang lazat dan istimewa.

Dengan pelbagai pilihan juadah seperti Tepung Pelita, Nasi Mandy, dan sup gearbox, pengunjung dapat menikmati pengalaman membeli makanan yang unik dan memuaskan. Pilihan bazar ini tidak hanya menjadi tumpuan penduduk tempatan tetapi juga menarik pelancong asing yang ingin merasai kepelbagaian makanan tempatan Malaysia.

1. Bazar Ramadhan Perkarangan Stadium Shah Alam

Bazar Ramadhan Perkarangan Stadium Shah Alam

Dengan ruang parkir yang banyak serta kawasan bazar yang luas, Bazar Ramadhan Stadium Shah Alam ini sentiasa menjadi pilihan dan sudah tidak asing lagi bagi penduduk Shah Alam.

Dengan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa seperti sotong bakar boroi, ayam madu dan sata, semestinya menjadi buruan di bazar ini! Nasi Mandy Chef Ammar juga ada di sini. Memang beratur setiap kali bulan Ramadhan!

2. Bazar Ramadhan USJ 4, Subang Jaya

Bazar Ramadhan USJ 4, Subang Jaya

Untuk yang menetap di kawasan Subang, Bazar Ramadhan di USJ 4 ini semestinya menjadi buruan. Dibuka seawal jam 3 petang, sebanyak 160 gerai di bazar ini menyediakan pelbagai juadah bulan puasa yang dicari setiap tahun, seperti Nasi Briyani, dan murtabak.

Terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 4, Bazar Ramadhan USJ 4 ini amat mudah dikenal pasti, kerana ia mudah dilihat dari tepi jalan.

3. Bazar Ramadhan Padang Perbandaran, Petaling Jaya

Bazar Ramadhan Padang Perbandaran, Petaling Jaya

Terletak bersebelahan dengan Padang Perbandaran MPAJ, bazar ini antara kawasan tumpuan di Petaling Jaya.

Dengan kawasan pejalan kaki yang luas, pengunjung boleh mencari hidangan berbuka puasa walaupun pada lewat petang!

Terdapat pelbagai juadah di 114 gerai yang ditawarkan di sini seperti sup gearbox, sayap madu Tawau, kuih peneram dan kuih akok.

4. Bazar Ramadhan Taman Sri Andalas, Klang

Bazar Ramadhan Taman Sri Andalas, Klang

Antara bazar yang paling dinanti-nanti oleh penduduk Klang adalah Bazar Ramadhan Taman Sri Andalas yang telah lama bertapak di kawasan ini setiap kali menjelang Ramadhan.

Tongmo bakar, ayam percik dan pelbagai jenis kebab juga terdapat di sini. Semestinya salah satu bazar yang anda boleh terjah untuk mendapatkan juadah yang enak untuk berbuka puasa!

5. Bazar Ramadhan PKNS, Shah Alam

Bazar Ramadhan PKNS, Shah Alam

Terletak hanya bersebelahan dengan bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), bazar ini adalah antara bazar yang paling ramai dikunjungi seawal jam 3 petang.

Setiap gerai menjual hidangan yang mendapat permintaan ramai dan amat popular kerana keenakannya, seperti popiah basah, daging salai masak lemak, nasi kerabu tumis, kebab kambing dan banyak lagi!

6. Bazar Ramadhan Taman Tun Dr Ismail

Bazar Ramadhan Taman Tun Dr Ismail

Terletak di tengah-tengah Taman Tun Dr Ismail, bazar ini sememangnya menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama. Pelancong asing juga turut memeriahkan suasana dengan membeli pelbagai juadah lokal yang disediakan para peniaga.

Yang menarik di Bazar Ramadhan Taman Tun Dr Ismail adalah kepelbagaian makanan yang dijual termasuklah Beef Ribs, Macaroni & Cheese dan juga Tepung Pelita Paya Jaras yang sangat terkenal.

Untuk senarai lengkap Bazar Ramadhan 2024 di kawasan lain sekitar Kuala Lumpur & Selangor, boleh semak di sini.

Kesimpulan

Bazar Ramadhan adalah sebahagian daripada warisan budaya Malaysia yang patut diraikan. Pengalaman berbelanja dan berbuka puasa di bazar-bazar initidak hanya memberi keseronokan membeli makanan yang enak, tetapi juga memperkukuhkan ikatan sosial dalam masyarakat. Dengan senarai bazar Ramadan yang popular di Kuala Lumpur dan Selangor, anda pasti akan menikmati pengalaman yang unik dan memuaskan.

Pastikan juga anda mendapatkan khasiat yang secukupnya sewaktu berpuasa. Kita asyik memikirkan makanan sewaktu berbuka sampai lupa untuk membuat persediaan yang cukup untuk sahur. Menu sahur yang sihat amat penting demi menjalankan ibadah puasa dengan sempurna!

More stories

Orang Muslim Ahli Sunah
Orang Muslim yang bujang
Aplikasi Orang Muslim yang Bujang
Orang Muslim Syiah
Gerbang Perkahwinan Orang Muslim
Aplikasi Perkahwinan Orang Muslim
Berpacaran Orang Muslim
Aplikasi berpacaran orang muslim
Berpacaran islamik
Cinta Arab
Berpacaran Arab
Sembang Arab