July 26, 2024
Semua orang mengimpikan perkahwinan dan rumah tangga yang bahagia dalam hidup mereka. Ia juga menjadi impian untuk memiliki perkahwinan yang kekal hingga akhir hayat bersama orang yang kita sayang dan cinta. Begitu banyak kisah dalam Al-Quran, sirah Nabi dan cerita yang dikongsikan berkaitan hal percintaan dan perkahwinan yang indah dalam Islam untuk dijadikan teladan untuk kita yang bakal memasuki alam rumah tangga ataupun yang sedang menjalankan kehidupan berkahwin.
Namun begitu, kita sebagai manusia tidak lari dari kesilapan berumah tangga dan kini dengan adanya media sosial dan teknologi, kisah rumah tangga yang runtuh seringkali muncul sebagai topik bualan netizen. Ia hangat dibincangkan dan membuat anak muda yang masih tidak berkahwin menjadi ragu-ragu untuk memasuki alam perkhawinan.
You won’t find your soulmate on this blog post but you might find them on Muzz - the world’s biggest Muslim dating and marriage app.
Semoga perkongsian blog ini menjadi garis panduan buat pasangan mahupun individu yang masih single untuk melengkapkan diri dengan ilmu perkahwinan terutama sekali dari aspek hukum dan tanggungjawab seseorang dalam perkahwinan dalam Islam.
Maksud Perkahwinan dalam Islam
Hadis & ayat Quran tentang Perkahwinan
Rukun Islam 5 perkara, rukun nikah bagaimana?
Tanggungjawab Suami dan Isteri mengikut Islam
Perkahwinan merupakan sebuah ikatan yang sah di antara seorang lelaki dan perempuan dan perkahwinan dalam Islam pula adalah ikatan yang sah mengikut hukum yang telah ditetapkan dalam Islam. Selain mengikuti hukum yang ditetapkan oleh Islam, perkahwinan yang sah juga perlu memenuhi syarat dan proses yang ditetapkan undang-undang oleh sebuah negara.
Perkahwinan dalam Islam kebiasaannya akan disesuaikan oleh sesuatu masyarakat agar adat resam “tidak lapuk dek zaman”. Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu yang masih mengikut adat namun tetap mengikuti hukum yang ditetapkan dalam Islam merupakan salah satu contoh yang boleh diambil. Ia mempunyai proses seperti merisik, meminang, bertunang dan berkahwin yang dilaksanakan oleh pihak pengantin serta keluarga mereka.
Menurut hukum Islam, perkahwinan tidak akan sah tanpa “Ijab dan Qabul” iaitu akad nikah yang dilafazkan oleh pengantin lelaki dengan Wali pengantin perempuan. Akad nikah merupakan sebuah kontrak atau perjanjian di antara sebuah pasangan untuk menjadi suami isteri yang disaksikan oleh dua orang saksi lelaki.
Allah سبحانه وتعالىberfirman:
وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴿٤٩﴾
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49)
Dari ayat ini, sudah dijelaskan bahawa Allah telah mencipta manusia dengan fitrah yang inginkan pasangan dan ingin berpasangan untuk berkongsi kasih dan mencintai sesama sendiri. Pasangan yang disebutkan adalah pasangan yang saling mengingati sesama sendiri tentang suruhan dan kewajipan agama serta menunaikan ajaran Islam.
Rasulullah ﷺ bersabda:
يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء. (رواه البخارى و مسلم)
“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Selain dari keinginan untuk berpasangan, keinginan untuk melakukan hubungan seksual juga merupakan salah satu fitrah manusia. Perkahwinan dalam Islam dapat membendung hubungan seksual di luar nikah atau zina yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan masalah sosial dikalangan masyarakat.
Hukum perkahwinan dalam Islam terbahagi kepada 5 iaitu:
Untuk golongan yang tiada suruhan atau paksaan untuk berkahwin.
Tertakluk kepada golongan yang mampu (fizikal, mental dan kewangan) dan mempunyai keinginan untuk berpasangan. Golongan ini diwajibkan berkahwin untuk mengelakkan berlakunya maksiat.
Bagi orang yang mampu untuk berkahwin dan telah cukup umur mereka, golongan ini digalakkan untuk berkahwin meskipun mereka dapat mengawal nafsu.
Golongan yang makruh berkahwin terdiri daripada orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri namun keadaan mereka tidak memudaratkan isteri.
Terdapat juga hukum haram untuk seseorang berkahwin dan hal ini demikian kerana mereka tidak mampu untuk memberi nafkah (zahir dan batin) kepada isteri atau mereka tiada keinginan untuk berkahwin. Golongan ini diharamkan untuk berkahwin kerana dikhuatiri akan menyakiti isterinya kelak.
Seringkali orang berkata, perkahwinan itu suatu ibadah, terutama sekali perkahwinan dalam Islam. Setiap ibadah mempunyai rukun dan syarat agar ibadah tersebut menjadi sah. Jika rukun Islam ada 5 perkara, begitu juga dengan rukun nikah.
Rukun nikah terdiri daripada 5 perkara yang wajib ada iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, saksi, ijab dan qabul. Untuk setiap 5 perkara ini, terdapat syarat yang perlu ada untuk memastikan nikah yang dilangsungkan tidak mendatangkan kemudaratan pada hari kemudian.
Perkahwinan dalam Islam merupakan satu penyatuan antara suami dan isteri untuk membina masjid yang kukuh. Penyatuan tersebut datang dengan kehadiran tanggungjawab yang digalas oleh setiap pasangan untuk memastikan perkahwinan tersebut terurus dan sentiasa harmoni. Oleh yang demikian, Islam telah menetapkan tugas ataupun tanggungjawab yang wajib untuk untuk pasangan suami dan isteri yang boleh diikuti.
Sebagai seorang Muslim, dan seorang manusia yang mempunyai fitrah serta keinginan untuk berkasih sayang, sudah tentu kita impikan alam perkahwinan yang indah dan harmoni bersama jodoh kita sehingga akhir hayat. Perkahwinan dalam Islam telah menetapkan garis panduan yang boleh diikuti agar setiap rumahtangga yang dibina dapat kekal kukuh dan megah sehingga ke jannah, insyaAllah. Zaman moden kini, pencarian jodoh bukanlah menjadi tanggungjawab ibu bapa semata, tetapi bakal pengantin juga boleh mencari jodoh mereka sendiri. Teknologi telah mengubah budaya dan aplikasi perkahwinan dengan kemudahan pencarian jodoh di aplikasi seperti Muzz dan juga dengan adanya aplikasi perkahwinan orang Muslim. Semoga setiap pasangan menemui jodoh yang baik & diredhai Allah, Amin.
Compartir