
90,000 Makanan Makanan Terbuang Setiap Ramadan… Tapi Allah Suruh Kawal Nafsu, Kan?
February 23, 2026

Pelik tak, bulan yang waktu makannya singkat adalah bulan yang paling tinggi pembaziran makanannya. Bagi sedara dan sedari yang tak mampu bayangkan, satu (1) lori sampah yang besar mampu menampung 10 tan sampah. 9,000 lori sampah bersaiz besar penuh dekat pembuangan makanan sahaja dalam satu bulan. Peliknya, Allah menyuruh umat-Nya untuk bersederhana especially dalam bulan ramadan yang mulia ini.
Kalau hati sedara-sedari tersentak hati bila baca petikan di atas, maksudnya sedara-sedari antara yang pernah terbuang makanan sewaktu ramadan sebab terbeli lebih dan tak termampu untuk habiskan. Tak apa, ramadan kali ni kita ubah sama-sama.


Looking for your soulmate?
You won’t find your soulmate on this blog post but you might find them on Muzz - the world’s biggest Muslim dating and marriage app.
Muzz kongsikan tiga (3) tips yang min sendiri dah cuba dan alhamdulillah dapat kurangkan hawa nafsu dari beli melebihi had yang boleh makan.
Tip 1: Sediakan Budget untuk Bazar
Ingat tak dulu zaman sekolah mak ayah kita bagi RM 2 lepastu kita kena survive je dengan apa yang ada? Mungkin dah tiba masa untuk kita bawa balik habit tu ke bulan ramadan ni.
Korang boleh start budget sehari berapa ringgit yang korang nak gunakan untuk membeli dekat bazar ramadan. Contohnya dalam RM15 atau RM10 tu sebenarnya dah cukup untuk beli makanan dan minuman untuk berbuka. Lepas budget, membeli ikut budget korang.
“Tapi sekarang zaman QR code jadinya susah nak estimate budget”
Kan ada macam-macam ewallet. Ada TNG eWallet, GrabPay, MAE, Ryt Bank and banyak lagi. Asingkan siap-siap berapa budget harian untuk membeli dalam ewallet, insyallah tak terlajak berbelanja
“Kalau ada budget then nak beli apa je?”
Tip 2: 1 Makanan | 1 Air | 1 Kuih/Dessert
Cabaran utama sampai je dekat bazar ramadan ni adalah bau dia. Bau ayam percik, bau nasi arab Chef Ammar, bau tepung pelita Paya Jaras… lemah iman kan?
Tapi hakitkatnya bila dah seharian puasa tu, badan kita dah terbiasa dan lepas makan nasi je terus kenyang perut. Sebab itu satu (1) makanan berat dan satu (1) kuih atau dessert tu sebenarnya just nice dah. Bila dah ada budget duit, insyallah tak terbabas membeli lebih dari kemampuan.
“Walaupun syaitan dah kena ikat, tapi nafsu makan saya masih besar lah”
Tip 3: Bawa Makanan Lebihan ke Masjid @ Surau
Kalau korang jenis yang memang tak mampu langsung nak kawal nafsu membeli tapi mesti tak habis semua makanan yang korang beli tu… okay ni last solution untuk korang.
Jangan buang makanan yang korang tak habiskan tu. Instead, masa nak ke tarawih tu bawa makanan yang tak habis and letak dekat meja moreh. Daripada terbuang, insyallah ada yang akan makanan. Pahala sedekah dapat, pahala tak mambazir pun dapat. Jackpot pahala bulan mulia ni. Tapi pastikan makanan yang korang bawa tu bersih, tak disentuh dengan tangan dan masih selamat dimakan.
Bulan ramadan ni bukan tentang kita seronok berbelanja sahaja tapi kita digalakkan untuk memberi sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima.

Dalam keseronokkan kita mencuba pelbagai juadah, kanak-kanak di Sudan terseksa dengan kelaparan. Muzz bekerjasama dengan SAPA (Sudanese American Physicians Association) untuk membantu membina hospital di Tawila, Sudan. 30% daripada kanak-kanak dibawah usia lima (5) tahun dalam keadaan Malnutrisi Akut Teruk. Setiap manusia berhak untuk mendapatkan kesihatan yang sempurna, sama juga dengan mereka.
Hulurkan sumbangan anda melalui MuzzxSAPA. Walaupun sedikit, semoga sumbangan ikhlas ini yang membantu anda di akhirat kelak, amin ya rabbal alamin.

