Muzz Blog | lifestyle | Struggle Sahur Single? Tips Bangun Sahur #AntiGagal

Struggle Sahur Single? Tips Bangun Sahur #AntiGagal

February 23, 2026

Blog banner Image

Sahur itu adalah satu sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW kerana sesungguhnya ada keberkatan dalam sahur itu sendiri. Kita juga digalakkan untuk melewatkan sahur dan berhenti sebaik sahaja mendengar azan subuh berkumandang. 

Tapi, untuk para bujang dan singles untuk bersahur sendiri boleh jadi cabaran yang besar. Antara masalah yang confirm ada adalah terlajak sahur, tak ada makanan, atau tak cukup motivasi nak bangun. 

blog banner phone leftblog banner phone right

Looking for your soulmate?

You won’t find your soulmate on this blog post but you might find them on Muzz - the world’s biggest Muslim dating and marriage app.

muzz

Team Muzz dah try tips untuk tak skip sahur selama seminggu dan alhamdulillah memang #antigagal.

Tip 1: Group Whatsapp “Geng Kejut Sahur”

Mesti antara kawan-kawan korang ada yang jenis sekali alarm je terus bangun, kan? Masa-masa macam ni korang perlukan kawan-kawan macam tu. Bincang dengan kawan korang susah bangun atau selalu terlajak sahur dan buat satu group WhatsApp. Kemudian, masing-masing share waktu bangun sahur yang menjadi kebiasaan. Mungkin Aiman bangun pukul 5:15 pagi ataus Yusuf jenis bangun 5:05 pagi.

Siapa yang dah bangun sahur terus message dalam group yang korang dah bangun untuk sahur. Kalau lah dah lepas waktu kebiasaan kawan korang bangun tu, masing-masing boleh call untuk kejutkan (wake-up call). Nampak simple tapi tips ni yang paling banyak bantu jenis terlajak sahur. 

Tip 2: “Sahur Emergency Kit” Tepi Katil 

Tak dinafikan, nak bangun pukul 5 pagi tu boleh jadi perkara yang agak mencabar especially yang tidur lewat atau standby kerja sehingga lewat malam. Kalau korang jenis yang kena minum atau makan sikit kalau tak lemau seharian, wajib kena ada “sahur emergency kit” ni

Standby kurma dengan air dekat tepi katil siap-siap – itulah emergency kit nya. Bukan kurma sahaja tapi kacang, roti atau overnight oat yang korang buat untuk sahur – letak je tepi katil insyallah sempat nak makan.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh “Amr bin al-‘As RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksudnya: Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur. Riwayat Muslim (1096)

Tip 3: Pasang Niat dan Pasang Alarm 

Orang dulu-dulu selalu cakap “pasangan niat nak bangun pukul berapa mesti terus bangun”. Pasang niat ni sejujurnya ikut orang lah. Lepas pasang niat, jangan lupa pasang alarm. Okay bukan sebarang pasang tapi min nak ajar teknik set alarm yang betul.

  1. Set alarm setiap 5 mins dekat phone
  2. 2 alarm pertama: gunakan bunyi yang korang selalu set alarm 
  3. 2 alarm kemudian: gunakan bunyi yang ada vibration kuat (kalau korang tak dengar, at least vibration tu akan kejutkan korang)
  4. Alarm seterusnya: gunakan bunyi yang paling kuat + vibration yang kuat 

Tips yang Muzz kongsikan ni mungkin nampak simple tapi korang kena cuba, Insyallah dah tak terlepas sahur lagi.

Sesungguhnya Nabi pernah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095)


Aplikasi Perkahwinan Orang Muslim
Orang Muslim yang bujang
Aplikasi Orang Muslim yang Bujang
Gerbang Perkahwinan Orang Muslim
Berpacaran islamik
Orang Muslim Syiah
Orang Muslim Ahli Sunah
Berpacaran Orang Muslim
Cinta Arab
Sembang Arab
Aplikasi berpacaran orang muslim
Berpacaran Arab