Muzz Blog | lifestyle | Rebut Peluang Raih Keberkatan Lailatul Qadar 

Rebut Peluang Raih Keberkatan Lailatul Qadar 

March 6, 2026

Blog banner Image

10 malam terakhir adalah malam-malam yang dinantikan oleh semua umat Islam. Kenapa malam ini sering menjadi sebutan dan rebutan ramai? Allah SWT berfirman, maksudnya: “Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah Al-Qadr ayat 3). Ini bermaksud, umat Islam yang beribadah pada malam tersebut nescaya pahalanya sama seperti beribadah lebih daripada 84 tahun. Purata jangka hayat manusia hidup adalah 70 tahan. Masyallah tak termampu akal manusia kita untuk memikirkan kebesaran pahala malam Lailatul Qadar itu. 

Lepas membaca kebaikan malam Lailatul Qadar, mungkin ada yang berfikir “amalan apa yang aku nak buat sebenarnya?”. Jangan risau, kami kongsikan 3 “hack” yang anda boleh lakukan sepanjang 10 malam ini. 

blog banner phone leftblog banner phone right

Looking for your soulmate?

You won’t find your soulmate on this blog post but you might find them on Muzz - the world’s biggest Muslim dating and marriage app.

muzz

Membaca Surah Al-Ikhlas (Qul huwallahu ahad)

Tahukah anda bahawa membaca Surah Al-Ikhlas itu sendiri mempunyai pahala yang sama dengan kita membaca ⅓ Al Quran? Nabi SAW pernah bersabda: “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, surat al-Ikhlas itu senilai sepertiga al-Quran” (Hadis Riwayat Bukhari 5013). Dengan membaca tiga (3) kali Surah Al-Ikhlas pahala yang kita dapat sama seperti membaca satu (1) Al Quran.

Dengan membaca sekurang-kurangnya tiga (3) Surah Al-Ikhlas pada setiap 10 malam terakhir dan jika jatuh pada malam Lailatul Qadar, bermakna seolah-olah anda telah membaca Al Quran setiap hari selama 84 tahun

Solat Sunat 2 Raakat 

Sepanjang Ramadan ini, mesti ramai muslimin dan muslimat sedar bahawa selama ini apa yang kita fikirkan mustahil itu boleh sahaja sebenarnya. Kita sebenarnya boleh sahaja menahan lapar lebih daripada 10 jam. Kita boleh sahaja membaca Al Quran walaupun sehelai setiap hari. Kita mampu sebenarnya untuk bangun awal pagi untuk bersahur. Dengan kesedaran yang sama, pasti akan juga sedar bahawa solat sunat dua (2) raakat itu hanya mengambil masa kurang daripada 5 minit. 

Berbekalkan 5 minit daripada malam anda, anda tunaikan solat sunat Witir ataupun solat sunat Hajat ataupun solat sunat Tahajjud, pahala solat sunat tersebut seolah-olah anda telah solat setiap hari selama 84 tahun. 

Sedekah RM 1 Sehari

Kalau kita lihat 10 tahun lepas, mungkin masukkan duit ke dalam tabung masjid itu satu-satunya cara untuk kita bersedekah. Tetapi sekarang, semudah imbas dan click kita semua mampu bersedekah seberapa banyak yang kita mahukan. Sekiranya anda bersedekah walaupun sebanyak RM 1 pada 10 malam terakhir tanpa skip, seolah-olah anda bersedekah selama 84 tahun berturut-turut. 

Antara ketiga-tiga tips yang dikongsikan, bersedekah adalah tips yang paling mudah untuk anda lakukan. Jangan hanya tunggu 10 malam terakhir, anda boleh bermula pada hari ini. Sekiranya anda belum bersedekah lagi hari ini, kongsikan rezeki anda dengan penduduk di Sudan.

Seramai 650,000 ribu rakyat Sudan beragama Islam yang sedang bertarung nyawa akibat peperangan dan ditempatkan di Tawila. 57% adalah kanak-kanak anda 30% daripadanya adalah kanak-kawak bawah 5 tahun. Muzz telah bekerjasama dengan SAPA (Sudanese American Physicians Association) – MuzzxSAPA untuk membina sebuah hospital dengan kapasita 75 katil. 

RM 1 anda bukan sahaja menjadi saham akhirat malah boleh membantu mereka yang berada di Sudan, Insyallah. 

Muzz ingin mengingatkan bahawa setiap amalan yang kita lakukan haruslah ikhlas dengan niat “aku buat kerana Allah”. Semoga apa yang telah dikongsikan mampu menjadi asbab saham akhirat anda, amin ya rabbal alamin 🤲🏻

Aplikasi Perkahwinan Orang Muslim
Orang Muslim yang bujang
Aplikasi Orang Muslim yang Bujang
Gerbang Perkahwinan Orang Muslim
Berpacaran islamik
Orang Muslim Syiah
Orang Muslim Ahli Sunah
Berpacaran Orang Muslim
Cinta Arab
Sembang Arab
Aplikasi berpacaran orang muslim
Berpacaran Arab