
Ramadan Mengajar Kita Menjadi Suami & Isteri
March 6, 2026

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mengajar umat islam untuk mempunyai empati terhadap golongan yang kurang berkemampuan. Bagaimana kalau Muzz kata yang Ramadan ini sebenarnya mendidik anda untuk menjadi suami isteri dan alam perkahwinan itu sendiri?
Jadi, macam mana Ramadan cuba mengajar umat islam untuk menjadi suami dan isteri?


Looking for your soulmate?
You won’t find your soulmate on this blog post but you might find them on Muzz - the world’s biggest Muslim dating and marriage app.
Menahan Lapar & Dahaga = Menjaga Pasangan
Selain menahan nafsu, kita juga disuruh melipat-gandakan amalan, kan? Semasa anda menahan nafsu itu sebenarnya anda sedang belajar untuk menyayangi pasangan anda.
Sewaktu kita lapar, perasan tak anda akan lagi cepat marah, senang untuk annoyed dengan perkara kecil, dan terkadang boleh breakdown kalau LRT rosak. Lapar itu boleh trigger pelbagai jenis rasa yang negatif dan sebab itu juga kita dituntut untuk menjaga pertuturan lisan sewaktu berpuasa.
Itu adalah simulasi paling dekat dengan alam perkahwinan. Mungkin kita lihat konten yang sweet atau couple of the year melalui Threads membuatkan rasa nak kahwin membuak tetapi banyak perkara disebalik perkahwinan yang tidak ditunjukkan melalui media sosial. Alam perkahwinan akan expose anda dengan pelbagai jenis dugaan yang anda perlu jalani dengan kesabaran.
On your good day, it is their bad day. On their bad day, it is your good day.
Lelaki Sifatnya Maskulin, Wanita Sifatnya Feminin
Ramadan ini adalah reset terbaik untuk mengajar kita bahawa lelaki itu sifatnya maskulin dan wanita sifatnya adalah femini. Secara umum kita nampak lelaki lebih sibuk ke bazar membeli juadah, membuat segala macam persiapan, membeli keperluan, mendirikan solat jemaah ataupun membawa keluarga ke masjid bagi solat tarawwih.
Wanita pula secara umum akan lebih sibuk memikirkan apa yang nak dimasak, mempersiapkan orang disekelilingnya, merancang perjalanan dan membantu apa yang telah di-plan. Inilah apa yang diajar oleh Islam itu sendiri. Ramai yang obses untuk memimpin sedangakan secara fitrah Lelaki tugasnya untuk memerintah dan Wanita untuk melengkapi apa yang diperintah
Men leads while Women compliment
Zakat & Sedekah Trial Nafkah
Zakat dan sedekah ada pengajaran yang khas buat kaum lelaki. Anda dituntut untuk bersedekah dan mambayar zakat, dimana duit yang kita perolehi hasil titik berat diberikan secara ikhlas. Untuk kita mengeluarkan duit yang diperolehi dengan susah payah bukanlah mudah.
Sebagai lelaki, bila mengalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah, anda dipertanggungjawab untuk memberi nafkah. Pada awal fasa perkahwinan, ini boleh jadi perkara yang agak janggal sebab “duit aku kerja habis bayar itu ini ke?”. Zakat dengan sedekah ini adalah trial kepada nafkah kerana kita dituntut untuk ikhlas bila bersedakah. Ini boleh jadi slow practice sebelum anda mendirikan rumahtangga terutamanya kaum lelaki.

Bagi mereka yang masih belum bersedekah sepanjang bulan Ramadan ini, jom kongsikan rezeki anda dengan Muzz. Muzz berkerjasama dengan SAPA (Sudanese American Physicians Associations) untuk membina hospital di Tawila, Sudan. Rakyat Sudan sedang menderita dengan lebih daripada 50% adalah kanak kanak. Jadikan ini sebagai amal ibadat terakhir anda sebelum meninggalkan bulan Ramadan ini, Insyallah
Kisah Terkini
Share this story

