
5 Persiapan Puasa Sebagai Bujang
February 19, 2026

Mesti ramai yang seronok ramadan datang lagi kan. Dalam keseronokkan, ada yang rasa tak syok sebab berpuasa sebagai anak perantau ni – tiada mak nak kejutkan sahur atau tiada adik-beradik nak keluar pergi bazar sama. Cuma diri sendiri, rumah yang kosong dan niat berpuasa, seorang diri.
Ramai mesti fikir yang berpuasa sendiri ni mesti bosan dan feel dia tak sama. Tapi hakikatnya? Tidak sama sekali. Inilah peluang untuk yang bujang untuk lipat gandakan amalan kebaikan waktu ramadan ni


Looking for your soulmate?
You won’t find your soulmate on this blog post but you might find them on Muzz - the world’s biggest Muslim dating and marriage app.
Ada 5 tips Muzz nak kongsikan khas untuk korang yang bujang amalkan sepanjang puasa ni sebab mana mungkin kita orang biarkan yang singles struggle sorang!
Tip 1: Save Resepi Simple – 10 mins Dah Siap!
Sahur lah yang paling mencabar untuk orang bujang ni. Nak bangun, tak ada makanan. Nak masak, tak ada barang. Takkan 30 hari makan maggi je kan? Penting untuk buat persediaan sebelum ramadan. Beli stok barang yang senang untuk simpan dan cepat masak macam:
- Oat
- Telur
- Roti
- Kurma
- Susu
- Buah-buahan
- Air mineral
Lepastu search dekat dekat TikTok atau Instagram “5 mins recipe of egg” atau “quick recipe of oat”. Buat meal plan yang simple dan tak perlukan banyak tenaga sebab ye lah siapa je yang rajin nak masak waktu sahur. Dapat jimat masa dan tenaga nak fikir.
Tip 2: Plan Bazar atau Restoran Mana untuk Berbuka
Bayangkan kena bangun untuk sahur kemudian terus masuk kerja dan lepas kerja nak kena fikir pula nak beli makan apa? Confirm letih dan kesudahannya rasa overwhelmed bila nak berbuka.
Sekarangkan zaman teknologi dihujung tangan je. Search malam sebelum esok nak ke bazar mana ataupun gunakan weekend untuk plan bazar mana yang korang nak pergi dan makanan apa yang korang nak beli. Simple je korang search “bazar ramadan near me” ataupun “bazar ramadan near MRT/LRT” – mesti keluar semua jenis bazar siap ada food review lagi. Confirm korang takkan serabut.
Tip 3: Tetapkan Target Ibadah yang Realistik dan Spesifik
Kalau masuk bulan ramadan tanpa target ni ibaratnya rugi besar sangat. Bulan yang penuh dengan barakah dan rahmat Allah, wajib kita plan ibadah kita bulan ni. Sama macam kita plan holiday kita, kita kena plan ibadah kita.
Sebagai bujang, korang akan ada more extra time berbanding dengan yang ada keluarga nak jaga. Tetapkan goal untuk setiap hari, minggu dan sebulan dalam ramadan. 2 muka surat setiap waktu, 8 rakaat tarawih, sedekah RM 1 sehari, atau istigfar 100x. Jangan ikut plan yang korang jumpa online tapi pastikan korang plan ikut kemampuan.
Sesungguhnya Allah suka dengan hamba-Nya yang mencuba walaupun sekecil-kecil usaha, Insyallah
Tip 4: Lipat Ganda Ilmu Agama
Salah satu nikmat sebagai seorang bujang adalah masa. Tolong jangan sia-siakan waktu korang dengan scroll social media dan habiskan. 30 hari saja, maksimumkan sehabis mungkin untuk tambah ilmu agama dan kenal Islam dengan lebih mendapat.
Ada banyak podcast yang korang boleh dengar sambil memandu, tunggu masuk waktu solat, atau sebelum tidur. Podcast yang boleh tambah keimanan sambil mengenali Islam dengan lebih baik. Antara podcast yang boleh korang dengar:
Tip 5: Sunyi Itu Manusiawi, Bukan Kelemahan
Rasa sunyi ni benda paling terasa, especially bila hidup bujang. Tengok video kawan-kawan berbuka dengan keluarga, bangun sahur makanan terhidang, sana sini penuh dengan momen dengan keluarga.
Gunakan masa ni untuk connect dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Hantar WhatsApp tanya khabar dan plan untuk berbuka bersama. Ambil cuti hari Jumaat atau Isnin dan balik ke kampung untuk jumpa dengan keluarga.
Bersendirian sewaktu ramadan itu bukan satu kekurangan tetapi suatu cara untuk Allah berikan peluang untuk kita mengenali diri kita, mengenali agama kita, dan memperkukuhkan hubungan kita dengan Allah, insya-Allah.
Gunakan tips yang dikongsikan supaya ramadan korang tahun ni lebih bermanfaat daripadai tahun lepas, amin!

