Untuk mendapatkan logo, tangkapan skrin aplikasi, gambar pasukan dan pengasas Muzz serta contoh kempen iklan tular kami, muat turun Press Kit.
Browse Press KitShahzad Younas (London, UK) ialah pengasas dan CEO muzz. Dahulu, beliau menyandang jawatan Naib Presiden dalam Dagangan Portfolio Ekuti di bank pelaburan Morgan Stanley selama 9 tahun. Shahzad meletakkan jawatannya untuk menumpukan sepenuhnya dalam pembinaan aplikasi mudah alih berkualiti tinggi bagi membantu orang Muslim di seluruh dunia mencari pasangan perkahwinan mereka yang sempurna.
muzz yang disokong dengan sejumlah $9J pelaburan (Seed and Series A) daripada pelbagai pelabur di Silicon Valley dan pelabur global ini beribu pejabat di Aldgate, London serta memiliki pasukan global seramai 65+ yang teguh dan berkembang pesat. Syarikat ini mengubah cara orang Muslim bertemu dan berkahwin.
muzz merupakan syarikat startup pertama yang bertumpukan orang Muslim, yang disokong oleh Y Combinator (Summer 2017) - pemecut berprestij yang berpangkalan di Silicon Valley, di sebalik Airbnb/Dropbox/Stripe dan telah ditampilkan di BBC, The Times, The Evening Standard, The Financial Times, The New York Times, dan TechCrunch antara lain.