Sertai acara Muslim Single kami untuk bertemu dengan Muslim Single lain secara berdepan. Bersosial, berkenalan dan mungkin bertemu jodoh - semuanya dalam satu acara.
Acara Akan Datang
Ya - untuk memastikan ahli yang hadir telah diverifikasi, ratio jantina yang seimbang di acara kami, semua tiket adalah eksklusif untuk ahli Muzz. Jadi muat turun aplikasi dan buatlah profil ada dengan percuma. Hanya 2 minit. Setelah itu, pergi ke Menu â Acara dan dapatkan tiket anda!
Klik butang pembelian tiket - sekiranya anda belum ada aplikasi Muzz anda akan dibawa untuk memuat turunnya.
Buat profil Muzz dengan cepat dan mudah - jangan risau, ianya percuma dan anda boleh melihat semua ahli yang hadir selepas acara.
Setelah itu, pergi ke Menu â Acara untuk membeli tiket.
Setelah acara selesai, anda boleh melihat semua ahli yang hadir pada acara tersebut, berpadanan dan mulakan chat dalam aplikasi.
Privasi anda sangat penting - tidak perlu berkongsi nombor telefon atau maklumat peribadi sewaktu di acara kami.
Kongsikan kod QR Muzz (Menu â Kongsi Kod QR saya) pada aplikasi untuk berpadanan serta merta dengan seseorang yang anda minat dalam Muzz dan teruskan ber-chatting. Tak perlu lagi berkongsi nombor telefon.
Jika anda bertemu kawan baru, atau ingin menyatakan minat anda kepada seseorang selepas acara, pergi ke bahagian Acara pada aplikasi Muzz dan lihat senarai ahli yang hadir dan terus chat dengan mereka.
Sila ambil maklum apabila anda menghadiri acara kami, anda mungkin akan ditampilkan dalam foto atau video. Dengan kehadiran anda, Muzz diberi keizinan untuk menggunakan bahan ini demi publisiti, pemasaran atau sebarang tujuan lain.
TIADA REFUND - Bagi memastikan tiada kekosongan pada hari tersebut dan berlaku adil kepada mereka yang hadir, semua tiket tidak boleh dikembalikan atau diganti.
Kami berhak untuk menghalang sesiapa yang di-block oleh Muzz atau membeli tiket yang salah - sebarang pembelian tidak sah tidak akan diganti.
Semua pakaian atau barangan persendirian yang dibawa ke tempat acara adalah tanggungjawab sendiri. Muzz atau lokasi tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan.
Tidak dibenarkan mengajak peserta menyertai acara/persatuan atau kelab lain. Sesiapa yang didapati melakukannya akan diminta keluar serta merta dan dihalang daripada menghadiri sebarang acara Muzz.
Individu yang didapati menggunakan kata-kata kesat, bertindak agresif atau didapati membuat peserta lain tidak selesa akan dikeluarkan daripada acara tersebut dan mungkin akan dihalang secara kekal daripada aplikasi Muzz serta tidak dibenarkan untuk menghadiri mana-mana acara akan datang.