September 13, 2024
Acap kali kita membaca tentang kisah percintaan dan kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Kisah keindahan yang menyelimuti pasangan bahagia yang membuatkan pembaca seperti kita juga mendoakan dan menginginkan kebahagiaan tersebut. Namun, kisah perceraian dan perpisahan seringkali dipandang sebagai sesuatu yang negatif ataupun taboo untuk dibicarakan kerana ia merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh Allah. Sekiranya berlaku sedemikian, ramai yang pasti tertanya; Apakah tips move on agar aku dapat mencari kebahagiaan selepas perceraian?
Semua orang mengimpikan perkahwinan dan rumah tangga yang bahagia dalam hidup mereka. Ia juga menjadi impian untuk memiliki perkahwinan yang kekal hingga akhir hayat bersama orang yang kita sayang dan cinta. Begitu banyak kisah dalam Al-Quran, sirah Nabi dan cerita yang dikongsikan berkaitan hal percintaan dan perkahwinan yang indah dalam Islam untuk dijadikan teladan untuk kita yang bakal memasuki alam rumah tangga ataupun yang sedang menjalankan kehidupan berkahwin.
You won’t find your soulmate on this blog post but you might find them on Muzz - the world’s biggest Muslim dating and marriage app.
Namun begitu, kita sebagai manusia tidak lari dari kesilapan berumah tangga dan kini dengan adanya media sosial dan teknologi, kisah rumah tangga yang runtuh seringkali muncul sebagai topik bualan netizen. Ia hangat dibincangkan dan membuat anak muda yang masih tidak berkahwin menjadi ragu-ragu untuk memasuki alam perkahwinan. Ada juga kisah perceraian yang berlaku kerana kedua pihak tidak lagi bersependapat. Namun, apa pun sebabnya, kita perlulah berbaik sangka dan terima bahawa setiap yang berlaku adalah dengan izin-Nya.
Semoga perkongsian kali ini menjadi garis panduan buat individu yang sedang melalui fasa perceraian ataupun yang sedang melalui fasa ingin mencari kebahagiaan selepas perceraian dan move on dengan cepat, InsyaAllah.
Apa itu perceraian mengikut Islam
Hukum, hadis & ayat Quran tentang Perceraian
Jenis-jenis perceraian & syarat sah perceraian
5 tips move on untuk bahagia selepas cerai
Perkahwinan merupakan sebuah ikatan yang sah di antara seorang lelaki dan perempuan dan perkahwinan dalam Islam pula adalah ikatan yang sah mengikut hukum yang telah ditetapkan dalam Islam. Perceraian pula bermaksud sebaliknya, iaitu, perpisahan ikatan yang sah antara seorang lelaki dan perempuan. Dalam Islam, ia bermaksud hubungan suami isteri antara pasangan menjadi haram kerana hubungan tersebut telah dibubarkan.
Perceraian antara sebuah pasangan merupakan suatu momen amat perit yang juga menjejaskan keharmonian antara dua individu, anak-anak, keluarga serta masyarakat. Meskipun ia suatu yang tidak digalakkan, namun, terdapat beberapa faktor yang diharuskan ataupun diwajibkan untuk sebuah perceraian berlaku.
Perceraian yang seringkali berlaku di Malaysia adalah melalui lafaz talak oleh seorang suami dan hanya boleh dilakukan oleh suami. Namun sekiranya seorang isteri ingin meminta cerai, isteri haruslah memohon fasakh di Mahkamah Syariah yang akan dilakukan melalui hakim atau pihak yang berkuasa sahaja.
Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda:
“Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak.” Dan: “Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga.”
Hukum perceraian dalam Islam adalah harus namun berdasarkan hadis di atas, ia jelas bahawa perceraian merupakan sesuatu yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Hal ini kerana, sudah terang lagi bersuluh bahawa cerai menyebabkan ketidakharmonian antara individu, merosakkan hubungan baik antara suami, isteri dan anak-anak serta hubungan baik antara keluarga kedua pihak.
Cerai talak adalah pernyataan talak yang diucapkan oleh suami kepada isterinya, baik melalui lafaz talak yang jelas (sharih) maupun lafaz yang bersifat kiasan (kinayah).
Ta’liq adalah pernyataan atau perjanjian yang dibuat oleh suami terhadap isterinya setelah akad nikah. Jika suami melanggar ta’liq tersebut, maka talaknya akan jatuh. Lafaz ta’liq ini tidak wajib dilakukan, tetapi dapat diterima dalam Islam.
Contoh lafaz ta’liq adalah sebagai berikut:
“Saya mengaku apabila saya meninggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau terpaksa, dan saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama jangka waktu tersebut padahal ia taat kepada saya, atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila aduannya terbukti di mahkamah syariah, dan ia memberikan kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit, maka pada saat itu ia tertalak dengan cara talak khulu’.”
Cerai khulu’ adalah penawaran cerai oleh isteri untuk melepaskan ikatan pernikahan. Dalam hal ini, isteri harus memberikan sejumlah uang kepada suami sebagai kompensasi atas perceraian tersebut. Perceraian ini terjadi ketika isteri merasa menderita dalam pernikahannya atau merasa bahwa pernikahannya tidak bisa diselamatkan lagi.
Perceraian ini termasuk dalam kategori talak ba’in sugho, di mana isteri tidak bisa dirujuk kembali meskipun masih dalam masa iddah. Jika suami ingin kembali bersama isterinya, ia harus melamarnya kembali dan menikahinya setelah masa iddah berakhir.
Perceraian ini merupakan pembubaran pernikahan yang dilakukan dengan persetujuan kedua belah pihak, iaitu suami dan isteri, jika mereka merasa pernikahan tidak dapat diselamatkan lagi.
Hal ini dapat terjadi apabila hakim memutuskan untuk memfasakhkan pernikahan dengan alasan yang membahayakan pihak-pihak dalam pernikahan tersebut dan tidak dapat diselamatkan lagi. Sebagai contoh, suami tidak memberikan nafkah lahir dan batin selama empat bulan berturut-turut atau terdapat perilaku buruk oleh suami, seperti penganiayaan, penghinaan, dan tindakan-tindakan lain yang merugikan isterinya.
Perceraian ini terjadi ketika suami tidak mengakui bahwa anak yang dikandung isterinya adalah miliknya atau menuduh isterinya berzina dengan pria lain tanpa dapat mengemukakan empat orang saksi.
Suami harus bersumpah dengan sumpah li’an sebanyak empat kali, dan pada sumpah kelima, ia harus mengatakan bahwa ia bersedia menerima laknat Allah jika berbohong. Sementara itu, isteri dapat membela diri dengan menyatakan bahwa ia tidak melakukan zina atau bahwa anak yang dikandung dan dilahirkan adalah milik mereka berdua, dengan bersumpah sebanyak empat kali, dan pada sumpah kelima, ia harus mengatakan bahwa ia bersedia menerima laknat Allah jika berbohong.
Sebuah perceraian haruslah berlaku dengan adanya alasan yang kukah dan bukan kerana mengikut emosi atau alasan yang tidak munasabah.
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa) (Surah al-Furqan, 25:74)
Meskipun proses perceraian menyebabkan pelbagai perasaan yang negatif wujud dalam diri seorang individu yang melaluinya, namun, kehidupan harus diteruskan. Individu yang telah bercerai juga berhak untuk menjalani kehidupan dalam keadaan bahagia dan tenang. Tetapi, bagaimana cara untuk move on dengan cepat?
Berikut merupakan 5 tips move on yang harus dilakukan oleh seseorang untuk mencapai kebahagiaan selepas perceraian.
Setiap individu yang melalui perceraian pasti terasa sunyi. Dengan adanya support system yang kukuh seperti keluarga dan kawan-kawan, anda pasti dapat melalui fasa ini dengan diri yang positif.
Support system akan menjadi tempat anda berkongsi perasaan anda dan seterusnya mereka akan kongsi pendapat dan pandangan dari sudut yang lebih rasional. Hal ini kerana, ada kemungkinan anda masih dalam fasa bersedih dan tidak dapat berfikir dengan tenang.
Ada juga support system yang hadir dalam bentuk group, dimana individu yang telah bercerai akan berkumpul dan berkongsi cerita. Hal ini membantu individu yang telah bercerai untuk berasa selamat dan kongsi pengalaman dengan orang yang telah melalui situasi yang sama dengan mereka.
Semasa bergelar suami atau isteri seseorang, pastinya anda bertanggungjawab terhadap kebajikan pasangan anda dan tiada masa yang lebih untuk mengurus atau berfikir tentang diri anda.
Kini, selepas bercerai, anda boleh gunakan masa tersebut untuk fokus kepada diri sendiri. Jadikan perceraian sebagai satu langkah lonjak untuk anda tingkatkan diri anda, bak kata orang putih; “self growth”.
Tingkatkan diri anda dari segi kesihatan dengan bersenam, perluaskan ilmu agama dengan menghadiri majlis agama dan kenali diri anda yang baharu.
Islam menggalakkan umatnya untuk berpuasa kerana berpuasa mendatangkan pelbagai kebaikan. Ia dapat mendidik diri seorang individu untuk mengawal nafsunya terutama sekali nafsu emosi. Ia juga dibuktikan bahawa berpuasa dapat mengurangkan kemurungan. Perunding dan Pakar Psikiatri Hospital Burjeel, Abu Dhabi, Dr Nada Omer Mohamed Elbashir, berkata;
“Banyak kajian menunjukkan puasa boleh meningkatkan tahap serotonin dalam darah, jadi ‘neurotransmitter’ sangat dikaitkan dengan kemurungan dan kebimbangan.”
Neurotransmitter merupakan salah satu komponen kimia penting otak untuk menghantar isyarat sekaligus mempengaruhi cara kita bercakap, berfikir dan apa yang kita rasakan.
Dengan melakukan aktiviti atau mencari hobi baharu, anda dapat sibukkan diri dari sentiasa terfikir tentang kesedihan dan perceraian yang telah anda lalui. Kini, terdapat pelbagai aktiviti dan kelas yang anda boleh daftar dan sertai.
Selain dari sibukkan diri, ia juga satu kelebihan untuk tingkatkan diri anda kerana anda dapat pelajari skil baharu seperti memasak, bertukang, dan macam-macam lagi.
Individu yang baru selepas melalui fasa perceraian kebiasaanya akan terasa sunyi, kerana sudah terbiasa ada seorang teman untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama. Oleh hal yang demikian, anda digalakkan untuk bersosial dan berkenalan dengan orang baharu. Hal ini bukan bermaksud anda terus berkahwin dan bercinta dengan individu tersebut, tetapi sebagai kawan yang boleh melakukan aktiviti bersama dan berkongsi kisah.
Namun sekiranya anda rasa bersedia untuk berkenalan dengan seseorang untuk ke arah perkahwinan, beringatlah untuk belajar dari kisah yang lalu. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Sebagai seorang Muslim, dan seorang manusia yang mempunyai fitrah serta keinginan untuk berkasih sayang, sudah tentu kita impikan alam perkahwinan yang indah dan harmoni bersama jodoh kita sehingga akhir hayat. Namun, perceraian tidak dapat dielakkan dan untuk individu yang melalui fasa ini, kini anda boleh mulakan langkah untuk kearah kebahagiaan dan sekiranya anda bersedia untuk mengenali seseorang yang baharu, zaman moden kini memudahkan pencarian anda.
Samada anda ingin berkenalan secara fizikal mahupun secara online, keduanya mempunyai kebaikannya tersendiri Teknologi telah mengubah budaya mencari jodoh dengan kemudahan pencarian menggunakan aplikasi seperti Muzz dan juga dengan adanya aplikasi perkahwinan orang Muslim. Semoga setiap individu menemui jodoh yang baik & diredhai Allah, Amin.