Muzz Blog | relationships | Fakta WAJIB TAHU tentang perkahwinan dalam Islam

Fakta WAJIB TAHU tentang perkahwinan dalam Islam

July 26, 2024

Blog banner Image

Semua orang mengimpikan perkahwinan dan rumah tangga yang bahagia dalam hidup mereka. Ia juga menjadi impian untuk memiliki perkahwinan yang kekal hingga akhir hayat bersama orang yang kita sayang dan cinta. Begitu banyak kisah dalam Al-Quran, sirah Nabi dan cerita yang dikongsikan berkaitan hal percintaan dan perkahwinan yang indah dalam Islam untuk dijadikan teladan untuk kita yang bakal memasuki alam rumah tangga ataupun yang sedang menjalankan kehidupan berkahwin. 

Namun begitu, kita sebagai manusia tidak lari dari kesilapan berumah tangga dan kini dengan adanya media sosial dan teknologi, kisah rumah tangga yang runtuh seringkali muncul sebagai topik bualan netizen. Ia hangat dibincangkan dan membuat anak muda yang masih tidak berkahwin menjadi ragu-ragu untuk memasuki alam perkhawinan. 

blog banner phone leftblog banner phone right

Looking for your soulmate?

You won’t find your soulmate on this blog post but you might find them on Muzz - the world’s biggest Muslim dating and marriage app.

muzz

Semoga perkongsian blog ini menjadi garis panduan buat pasangan mahupun individu yang masih single untuk melengkapkan diri dengan ilmu perkahwinan terutama sekali dari aspek hukum dan tanggungjawab seseorang dalam perkahwinan dalam Islam. 

Isi Kandungan

Maksud Perkahwinan dalam Islam

Hadis & ayat Quran tentang Perkahwinan

Rukun Islam 5 perkara, rukun nikah bagaimana? 

Tanggungjawab Suami dan Isteri mengikut Islam

Kesimpulan

Maksud Perkahwinan dalam Islam

Maksud Perkahwinan dalam Islam

Perkahwinan merupakan sebuah ikatan yang sah di antara seorang lelaki dan perempuan dan perkahwinan dalam Islam pula adalah ikatan yang sah mengikut hukum yang telah ditetapkan dalam Islam. Selain mengikuti hukum yang ditetapkan oleh Islam, perkahwinan yang sah juga perlu memenuhi syarat dan proses yang ditetapkan undang-undang oleh sebuah negara.

Perkahwinan dalam Islam kebiasaannya akan disesuaikan oleh sesuatu masyarakat agar adat resam “tidak lapuk dek zaman”. Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu yang masih mengikut adat namun tetap mengikuti hukum yang ditetapkan dalam Islam merupakan salah satu contoh yang boleh diambil. Ia mempunyai proses seperti merisik, meminang, bertunang dan berkahwin yang dilaksanakan oleh pihak pengantin serta keluarga mereka. 

Menurut hukum Islam, perkahwinan tidak akan sah tanpa “Ijab dan Qabul” iaitu akad nikah yang dilafazkan oleh pengantin lelaki dengan Wali pengantin perempuan. Akad nikah merupakan sebuah kontrak atau perjanjian di antara sebuah pasangan untuk menjadi suami isteri yang disaksikan oleh dua orang saksi lelaki.

Hadis & ayat Quran tentang Perkahwinan

Hadis & ayat Quran tentang Perkahwinan

Allah سبحانه وتعالىberfirman:

وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴿٤٩﴾

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49)

Dari ayat ini, sudah dijelaskan bahawa Allah telah mencipta manusia dengan fitrah yang inginkan pasangan dan ingin berpasangan untuk berkongsi kasih dan mencintai sesama sendiri. Pasangan yang disebutkan adalah pasangan yang saling mengingati sesama sendiri tentang suruhan dan kewajipan agama serta menunaikan ajaran Islam. 

Rasulullah ﷺ bersabda:

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء. (رواه البخارى و مسلم)

“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selain dari keinginan untuk berpasangan, keinginan untuk melakukan hubungan seksual juga merupakan salah satu fitrah manusia. Perkahwinan dalam Islam dapat membendung hubungan seksual di luar nikah atau zina yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan masalah sosial dikalangan masyarakat. 

Hukum perkahwinan dalam Islam terbahagi kepada 5 iaitu:

Harus berkahwin

Untuk golongan yang tiada suruhan atau paksaan untuk berkahwin.

Wajib berkahwin

Tertakluk kepada golongan yang mampu (fizikal, mental dan kewangan) dan mempunyai keinginan untuk berpasangan. Golongan ini diwajibkan berkahwin untuk mengelakkan berlakunya maksiat. 

Sunat berkahwin

Bagi orang yang mampu untuk berkahwin dan telah cukup umur mereka, golongan ini digalakkan untuk berkahwin meskipun mereka dapat mengawal nafsu.

Makruh berkahwin

Golongan yang makruh berkahwin terdiri daripada orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri namun keadaan mereka tidak memudaratkan isteri. 

Haram berkahwin

Terdapat juga hukum haram untuk seseorang berkahwin dan hal ini demikian kerana mereka tidak mampu untuk memberi nafkah (zahir dan batin) kepada isteri atau mereka tiada keinginan untuk berkahwin. Golongan ini diharamkan untuk berkahwin kerana dikhuatiri akan menyakiti isterinya kelak. 

Rukun Islam 5 perkara, rukun nikah bagaimana? 

Rukun Islam 5 perkara, rukun nikah bagaimana_

Seringkali orang berkata, perkahwinan itu suatu ibadah, terutama sekali perkahwinan dalam Islam. Setiap ibadah mempunyai rukun dan syarat agar ibadah tersebut menjadi sah. Jika rukun Islam ada 5 perkara, begitu juga dengan rukun nikah. 

Rukun nikah terdiri daripada 5 perkara yang wajib ada iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, saksi, ijab dan qabul. Untuk setiap 5 perkara ini, terdapat syarat yang perlu ada untuk memastikan nikah yang dilangsungkan tidak mendatangkan kemudaratan pada hari kemudian. 

Syarat Bakal Suami

  • Islam
  • Lelaki
  • Bukan mahram dengan bakal Isteri
  • Bukan lelaki yang sedang dalam Ihram haji/umrah
  • Tidak dipaksa
  • Mengetahui wali yang sah untuk akad nikah tersebut
  • Mengetahui bakal isterinya memenuhi syarat dan sah untuk dinikahi
  • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah pada waktu saya sama

Syarat Bakal Isteri

  • Islam
  • Bukan seorang khunsa
  • Perempuan yang tertentu
  • Bukan berada dalam tempoh iddah
  • Tidak berada dalam ihram haji/umrah
  • Tidak dipaksa 
  • Bukan mahram dengan bakal suami
  • Bukan isteri orang

Syarat Wali

  • Adil
  • Islam
  • Baligh
  • Lelaki
  • Merdeka
  • Tidak fasik, kafir atau murtad
  • Bukan dalam ihram haji/umrah
  • Waras
  • Tiada kecacatan akal fikiran atau gila
  • Rela sendiri dan tidak dipaksa
  • Tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya

Syarat Saksi

  • Islam
  • Lelaki
  • Baligh
  • Tiada kecacatan akal fikiran atau gila
  • Merdeka
  • Perlu ada sekurang-kurangnya dua orang wali
  • Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
  • Dapat mendengar, melihat dan bercakap (tidak buta, bisu atau pekak)
  • Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)

Syarat Ijab dan Qabul

  • Dilakukan dengan perkataan nikah atau perkataan yang membawa maksud yang sama.
  • Tidak dikaitkan dengan tempoh masa yang tertentu.
  • Bukan dilakukan secara taklik.
  • Tidak boleh menggunakan perkataan yang berupa atau membawa maksud berkias atau menyindir.
  • Ijab diucapkan oleh wali atau wakilnya dan Qabul diucapkan oleh pengantin lelaki atau wakilnya (atas sebab tertentu)
  • Qabul haruslah bersesuaian dengan lafaz ijab
  • Diucapkan secara nyata, terang dan jelas.
  • Qabul haruslah menyebut nama bakal isteri

Tanggungjawab Suami dan Isteri mengikut Islam

Tanggungjawab Suami dan Isteri mengikut Islam

Perkahwinan dalam Islam merupakan satu penyatuan antara suami dan isteri untuk membina masjid yang kukuh. Penyatuan tersebut datang dengan kehadiran tanggungjawab yang digalas oleh setiap pasangan untuk memastikan perkahwinan tersebut terurus dan sentiasa harmoni. Oleh yang demikian, Islam telah menetapkan tugas ataupun tanggungjawab yang wajib untuk untuk pasangan suami dan isteri yang boleh diikuti. 

Tanggungjawab wajib bagi suami

  1. Memberi nafkah zahir dan batin seperti menyediakan makanan & tempat tinggal kepada isteri serta anak-anak.
  2. Melayani isteri dan anak-anak dengan baik.
  3. Melindungi isteri dan anak-anak.
  4. Menjaga maruah keluarga dan harta benda
  5. Membimbing  serta mendidik isteri dan anak-anak dengan ajaran Islam

Tanggungjawab wajib bagi isteri

  1. Patuh terhadap suruhan suami dan melayan suami dan anak-anak dengan baik
  2. Menumpukan sepenuh kasih sayang kepada suami dan anak-anak.
  3. Menjaga kebersihan rumah tangga dan kesihatan diri serta anak-anak.
  4. Menjaga amanah dan harta suami serta menyimpan rahsia hubungan rumahtangga.
  5. Berhias diri untuk tatapan suami dan menjaga aurat serta kehormatan diri.

Kesimpulan

Sebagai seorang Muslim, dan seorang manusia yang mempunyai fitrah serta keinginan untuk berkasih sayang, sudah tentu kita impikan alam perkahwinan yang indah dan harmoni bersama jodoh kita sehingga akhir hayat. Perkahwinan dalam Islam telah menetapkan garis panduan yang boleh diikuti agar setiap rumahtangga yang dibina dapat kekal kukuh dan megah sehingga ke jannah, insyaAllah. Zaman moden kini, pencarian jodoh bukanlah menjadi tanggungjawab ibu bapa semata, tetapi bakal pengantin juga boleh mencari jodoh mereka sendiri. Teknologi telah mengubah budaya dan aplikasi perkahwinan dengan kemudahan pencarian jodoh di aplikasi seperti Muzz dan juga dengan adanya aplikasi perkahwinan orang Muslim. Semoga setiap pasangan menemui jodoh yang baik & diredhai Allah, Amin. 

برنامه ازدواج مسلمانان
مسلمان مجرد
برنامه ای برای مسلمانان مجرد
ازدواج اسلامی
دوست یابی اسلامی
مسلمان شیعه
مسلمان سنی
دوست یابی مسلمانان
عشق عرب
چت عربی
برنامه دوست یابی مسلمانان
دوست یابی عربی